CU Mart: Mango Mousse Roll, Biscoff Choco Brownie, Aiskrim Injeolmi dan Rose Tteokbokki

Mousse Roll dan Brownie di CU Mart
Sebelum ni penulis pernah kongsikan tentang dosirak dan gimbap di CU Mart. Banyak juga sebenarnya makanan yang penulis cuba. Jadi, untuk bahagian 2 ni; penulis akan kongsikan tentang makanan lain pula.

Kalau ada yang masih belum baca perkongsian penulis yang sebelum ni, boleh ke bahagian 1 untuk tengok macam mana rupanya dosirak dan gimbap di CU Mart ni. Sama ke macam bento dan futomaki atau sushi roll di Family Mart?

Mango Mousse Roll dan Biscoff Choco Brownie

Mango Mousse Roll di CU Mart
Untuk pencuci mulut, penulis cuba mango mousse roll dan Biscoff Choco brownie. Kedua-duanya nampak menarik, disediakan dalam bekas bersama garfu yang boleh digunakan untuk makan.

Teksture Mango Mousse Roll sangat lembut, macam kek span. Tak terlalu manis dan ditengahnya ada seketul manisan, tak pasti buah, nata de coco, atau agar-agar; yang berperisa mangga.

Bagi penulis sedap, walaupun penulis bukanlah penggemar kek. Kalau tak suka mangga, ada juga mousse roll berperisa coklat, laici, matcha, dan kopi. Untuk perisa mangga ni, harganya RM6.29.

Biscoff Choco Brownie dari CU Mart
Kalau sukakan kek yang lebih padat pula, boleh cuba Biscoff Choco brownie. Teksturnya tak selembut mousse roll tadi, tapi lebih padat dengan rasa dan lebih mengenyangkan.

Biscoff yang digunakan bukan daripada jenama Lotus, jadi mungkin akan ada sedikit perbezaan dari segi rasa — penulis cuma pernah makan Lotus biscoff sebagai topping aiskrim Llaollao.

Lebih mahal berbanding Mango Mousse Roll, harga Biscoff Choco Brownie ialah RM7.99.

Injeolmi Soft Serve

Aiskim Injeolmi CU Mart
Penulis ingatkan aiskrim injeolmi ni sama seperti aiskrim vanilla, rupanya bukan. Injeolmi adalah sejenis "rice cake" dari Korea yang selalunya dimakan bersama bahan seperti kacang, gula dan bijan.

Walaupun berperisa "rice cake", rasanya bukanlah seperti topokki tetapi lebih kepada rasa beras. Mengingatkan penulis kepada rasa Genmaicha Latte yang penulis minum di Zus Coffee.

Bagi penulis rasanya unik dan sedap — tambah pula rasanya manis, bukannya tawar seperti topokki tanpa sos.

Jochiwon Peach Tea

Jochiwon Peach Tea dan Topokki Family Mart
Antara minuman yang ada di CU Mart ialah teh pic. Rasa pic yang tipikal, namun sebagai alternatif kepada air mineral ia sangat menyegarkan. Selain pic, teh berperisa beri pun ada.

Kedua-dua teh pic dan beri berharga RM4.99. Bergantung pada musim dan promosi, mungkin akan ada minuman berperisa lain.

Rose Tteokbokki

Rose Tteokbokki CU Mart
Berbeza dengan kuah pedas kemerahan yang digunakan pada kebanyakan topokki, kuah yang digunakan untuk Rose Tteokbokki sangat berbeza. Warnanya kekuningan, dan rasanya berlemak.

Rasa yang paling menonjol pada Rose Teokbokki bukanlah rasa keju, tetapi rasa seakan-akan lontong yang kuat. Sangat sesuai untuk peminat topokki yang tak tahan pedas.

Dalam semangkuk topokki yang berharga RM7.99 ni juga ada bahan-bahan lain seperti kubis, daun bawang, dan eomuk — sejenis "fish cake".

Brownie Sebelum Mousse Roll

Biscoff Choco Brownie yang dah dipotong
Walaupun kedua-duanya sedap, penulis lebih sukakan brownie. Lagipun, Biscoff Choco Brownie di CU Mart memang padat dengan rasa coklat yang, bagi penulis; tak terlalu manis.

Namun, antara kesemua menu yang penulis cuba di CU Mart; aiskrim injeolmi-lah yang paling mengejutkan tetapi comforting. Profil rasanya berbeza berbanding aiskrim lain yang penulis pernah makan.

Gimbap bulgogi di CU Mart pun sedap juga, portion dagingnya banyak, dan lebih mudah dimakan berbanding dosirak di dalam kenderaan seperti kereta dan kereta api.

azizinet00 | Hari3aku

Post a Comment

To Top