Tentang Hari3Aku

Hari3Aku ialah sebuah blog peribadi yang bertujuan untuk berkongsi pelbagai maklumat seperti makanan, travel, pendidikan dan teknologi.

Tujuan Hari3Aku diwujudkan juga adalah untuk membawa impak yang positif berkaitan perkara-perkara dan isu-isu terkini. Melihatkan keadaan internet yang didominasi oleh kisah-kisah viral, gosip-gosip yang membawa pertelingkahan, Hari3Aku bertujuan untuk mendidik dan memupuk masyarakat mengamalkan budaya berfikir, dan lebih menghargai perkara yang dianggap remeh dan sering diambil mudah.

Hari3Aku merupakan singkatan kepada 'hari-hari, hari aku' yang memberi penegasan terhadap diri kita sebagai empunya setiap masa yang kita lalui. Dalam masa yang sama memberi penekanan terhadap kepentingan mencari sesuatu yang baharu untuk dipelajari dan dihargai pada setiap hari. Kita yang esok haruslah lebih baik dari kita yang hari ini, kerana setiap hari ialah hari kita, bukan hari orang lain untuk dimanfaatkan.

Penulis tunggal (sehingga 2021) kepada Hari3Aku merupakan seorang siswazah dalam bidang matematik tulen (major) dan pendidikan (minor).
To Top