Baru ni penulis ada kongsikan tentang
Amir Chalet di Kg Baru, Sitiawan. Mesti
korang dah tak sabar nak ke sana kan? Tapi kalau penuh macam mana? Jangan
risau, ada lagi tempat lain yang korang boleh pergi kalau nak bercuti sambil
memancing.
Kalau rasa tak kisah untuk bermalam lebih jauh dari bandar Seri Manjung, boleh
cuba Chalet Nelayan Tiga di Kampung Batu 3 Segari. Jarak antara Chalet Nelayan Tiga dengan Aeon Seri
Manjung ialah 14 km. Lebih 4 km berbanding jarak dari
Amir Chalet ke tempat
yang sama.
Pada waktu penulis ke sini, Februari 2019 hanya dua chalet sahaja yang
mempunyai pelantar berhadapan dengan Sungai Sempit. Chalet atau bilik yang
lain didirikan 40 meter dari sungai. Seperti nama sungainya, Sungai Sempit
jauh lebih sempit berbanding Sungai Manjung.
Namun, sungai yang sempit tidak bermakna ikannya kurang, ia juga boleh
bermakna kepadatan ikan yang lebih tinggi. Macam kita bawa kereta, trafik
lebih sesak pada jalan selorong berbanding dua lorong kan? Waktu penulis ke
sini, ada juga dapat ikan pari dan sembilang.
Chalet Nelayan Tiga juga ada sediakan titian yang dibina di atas sungai, jadi
untuk mereka yang tinggal 40 meter dari sungai bolehlah memancing di sini.
Yang menariknya di sini berbanding di
Amir Chalet, ada kolam renang untuk
kanak-kanak, jadi sementara si ayah memancing, si anak bolehlah bermain air
sambil dipantau orang yang tak memancing.
Kekurangan Chalet Nelayan Tiga berbanding
Amir Chalet pula, chalet yang
berhadapan dengan sungai bukan sahaja tak banyak, ia juga agak kecil, memang
sempit kalau duduk satu famili. Untuk famili, kalau nak selesa boleh cuba
bilik lain.
Walaupun kawasan ni dikelilingi kelapa sawit, jangan risau sebab berdekatan
dengan Chalet Nelayan Tiga ni ada masjid, Masjid Arfiah Batu 3 (1.5 km). Di
lorong yang sama dengan masjid tersebut pula ada kedai makan dan kedai runcit.
Jangan lupa makan di warung Roti Canai Pak Hassan.
Macam mana? Ok tak? Untuk maklumat lanjut boleh ke laman Facebook
Chalet Nelayan Tiga. Harga bilik antara RM150 ke RM200. Kalau nak memancing tanpa bermalam pun
boleh, seorang hanya RM5.
Kalau datang ke sini, jangan buang sampah ke sungai. Sama-sama kita jaga kebersihan sungai, jadikan sungai habitat yang lebih bersih dan sihat untuk ikan-ikan yang kita sendiri akan pancing nanti.
Post a Comment