llaollao: Nafas Baharu pada Trend Yogurt Sejuk Beku di Malaysia
Froyo, atau frozen yogurt pernah menjadi kegilaan rakyat Malaysia suatu masa dahulu. Masih ingat lagi Tutti Frutti? Waktu awal pembukaan Tutti Frutti dulu sekitar tahun 2009, yogurt sejuk beku menjadi satu trend di Malaysia walaupun harganya agak mahal, dalam RM5.30 untuk setiap 100 gram.
Kemuncak populariti tutti frutti adalah pada tahun 2011. Selang beberapa tahun, trend yogurt sejuk beku atau aiskrim yogurt mula menurun sehingga akhirnya Tutti Frutti, mungkin disebabkan faktor harga juga; menutup kesemua outletnya di Malaysia pada tahun 2016.
llaollao Terus Berkembang
Namun, dalam trend yang semakin menurun ada juga satu jenama yogurt sejuk beku yang masih bertahan sehingga sekarang. Pertama kali dibuka pada tahun 2015, sehingga kini llaollao masih bertahan dengan lebih 50 buah outlet di Malaysia pada Februari 2021.
Kalau disebut bunyinya macam "lao-lao", tetapi sebutan sebenarnya ialah "yao-yao", dan jenama ini berasal dari negara Sepanyol. Menurut llaollao International, melalui kenyataan yang telah digugurkan daripada laman web sejak Mac 2022; mereka merupakan pemegang sijil BRC, IFS, FSSC 22000, dan Halal dari badan halal Sepanyol, Halal de Junta Islamica. Boleh tengok perbezaan pada laman web antara Februari 2022 dan sekarang
Dalam Proses Mendapatkan Sijil Halal Jakim
Pada 22 Mac 2022; llaollao Malaysia menerusi laman Facebooknya mengumumkan bahawa sembilan daripada cawangan mereka telahpun memperolehi sijil halal daripada Jakim. Secara berperingkat, kita akan dapat lihat sijil halal Jakim di cawangan-cawangan lain juga.
Siapa llaollao fans sini? Angkat tangan!! 🙋♀️ Ada berita baik untuk korang semua! 🤩 We’re more than happy to announce...
Posted by llaollao Malaysia on Friday, October 21, 2022
Boleh semak cawangan llaollao yang telah diperakui halal oleh Jakim di sini. Boleh juga membuat carian di Portal Rasmi Halal Malaysia
Lebih Jimat dengan llaollao Wednesday
Walaupun tidak sepopular tahun 2011, llaollao membawa satu nafas baharu kepada trend yogurt sejuk beku di Malaysia. Bab harga, dah tak perlu risau sebab harga yogurt sejuk beku di llaollao tidak bergantung pada berat tetapi pada saiz bekas. Pembeli dah tahu harga yang perlu dibayar dari awal lagi, tak perlu timbang.
Nak lebih jimat? Boleh datang pada hari Rabu dari 1PM ke 7PM untuk dapatkan promosi 'llaollao Wednesday'. Boleh dapatkan potongan harga antara 11% ke 33% bergantung pada minggu.
Pilihan Saiz yang Pelbagai
Ada lima pilihan saiz di llaollao, iaitu petitllao (RM9.90), small (RM13.90), medium (RM17.90), large (RM20.90), dan sanum (RM20.90). Setiap saiz datang dengan bilangan pilihan topping yang berbeza. Pesanan "Medium" dan "Large" contohnya, disediakan dengan tiga pilihan topping yang bermacam jenis
Ada tiga jenis pilihan topping, "crunch" seperti kacang, bijirin, dan pecahan biskut; "fruits" seperti buah kiwi, tembikai, dan strawberi; dan "sauce" seperti cokelat, madu, dan mentega kacang.
Pilihan Topping dan Sauce juga Pelbagai
Memandangkan aiskrim ni diperbuat daripada yogurt, rasanya agak masam. Penggemar yogurt akan suka yogurt sejuk beku yang dijual di llaollao. Sihat atau tidak semuanya bergantung pada pilihan topping. Untuk lebih sihat, boleh pilih topping seperti muesli, dan buah-buahan. Ataupun pesan je "sanum", boleh pilih tiga jenis buah-buahan.
Ini kali pertama penulis cuba llaollao, jadi penulis tak ada sebarang pengesyoran dari segi topping. Tetapi, "sauce" yang penulis cuba, ovomaltine memang sedap. Jadi kalau tak tahu nak pilih "sauce" apa nanti korang boleh cuba ovomaltine.
Kelebihan llaollao terletak pada pilihan toppingnya yang pelbagai. Melihat pada jenis dan pilihan topping yang ada, ada lebih daripada 216 kombinasi topping yang kita boleh cuba. Daripada 216 kombinasi tadi, mesti ada satu yang kena dengan tekak kita.
Bagi penulis memang sedap. Dari segi harga, llaollao ni umpama "the starbucks of frozen yogurt". Walaupun harga agak mahal, saiz "Large" boleh dimakan seramai tiga orang.
Yogurt dia ada 1 jenis je la?
ReplyDelete@Anonymous Yogurt putih je ada rasanya. Smoothies pn ada kalau tk silap.
ReplyDelete