KFC Zesty Crunch dengan Sos Chimichurri: Sedap ke? dan Colonel Spicy BBQ Burger Sebagai Pencuci Mulut

Baru je penulis cuba burger Zero Chicken dan Original Recipe daripada KFC berapa hari lepas, KFC dah keluarkan lagi satu menu baharu. Menu baharu ni bukannya vegetarian ye, tetapi ayam tulen. Semalam penulis nampak iklan, hari ni penulis terus cari di KFC.


Untuk menu baharu ni, KFC keluarkan ayam goreng KFC Zesty Crunch (RM19.99 3-pcs combo). Kalau dah namanya "zesty" dan "crunch" mesti rasanya masam dan teksturnya rangup kan? Untuk menu baharu ni KFC perkenalkan satu bahan baru iaitu sos chimichurri.


Apa itu Sos Chimichurri?

Sos chimichurri merupakan perasa yang digunakan oleh orang-orang Argentina, Paraguay, dan Uruguay sebagai pencecah atau bahan masakan. Sos chimichurri diperbuat daripada campuran parsli, oregano, bawang putih, minyak zaitun, serbuk cili, dan cuka. Dari cuka itu lah datangnya rasa masam.


Sos chimichurri tidak diberikan secara berasingan, tetapi perasa ini disapukan di permukaan ayam goreng sama seperti menu yang pernah keluar sebelum ni, contohnya KFC Parmesan Truffle Crunch dan Green Chili Crunch.


Penulis agak suka dengan profil rasa ayam goreng Zesty Crunch yang masam. Kalau pernah makan ayam goreng Green Chili Crunch, inilah ayam goreng Green Chili Crunch yang sudah dinaik taraf, rasanya seakan-akan sama tetapi lebih enak.


Masam Sangat ke KFC Zesty Crunch ni?

Bagi mereka yang suka makan kulit ayam secara berasingan, memang akan rasa masam yang cukup kuat. Nasihat penulis, kalau tk suka rasa masam yang terlalu kuat makanlah kulit bersama dengan isi untuk kurangkan sikit rasa masam tu.


Ayam gorengnya agak berminyak dan kulitnya masih rangup. Penulis tak pasti sama ada KFC mengekalkan resipi asal sos chimichurri yang menggunakan minyak zaitun, ataupun KFC gunakan minyak lain untuk ayam goreng Zesty Crunch ni.


KFC Colonel Spicy BBQ Burger

Selain daripada ayam goreng Zesty Crunch, penulis cuba juga burger Colonel Spicy BBQ (RM5.99 ala carte). Bezanya dengan burger Colonel cuma pada sos. Burger Colonel yang selama ni penulis makan pun dah sedap dah walaupun hanya dengan mayonis, tambah pula dengan sos barbeku memang enak.


Makan burger Colonel buat cuci mulut je. Cuma satu je lah masalah KFC ni, penulis tak pernah faham dari dulu apa maksud spicy yang KFC maksudkan. Berempah atau pedas? Atau kedua-duanya sekali? Sebab menu-menu yang ada perkataan spicy, selalunya tak rasa pedas pn.


Itu je lah aduan yang penulis nak buat. Selain daripada tu, penulis memang rekemen untuk cuba kedua-dua menu tadi, ayam goreng KFC Zesty Crunch dan burger Colonel Spicy BBQ.

16x16-instagram azizinet00 | facebook hari3aku

2 Comments

  1. Kalau nak repeat order, penulis nak repeat yang mana?

    ReplyDelete
  2. @Anonymous Dua2 kalau boleh. Kalau nk meal on the go, burger. Kalau ada byk masa, ayam goreng pn ok.

    ReplyDelete
To Top