Matcha Latte Strawberi dari Kora Kora Matcha

Secawan matcha latte dengan puri strawberi
Penulis sentiasa terbuka untuk cuba matcha latte di mana-mana kafe atau gerai yang menyediakan minuman tersebut secara artisanal sebagaimana seorang barista menyediakan kopi.

Sejujurnya penulis tak jelas macam mana jenis matcha, pemilihan susu dan kaedah penyediaan matcha latte akan mempengaruhi rasanya. Kalau disoal, penulis pun tak tahu apa bezanya rasa matcha dari Uji dan Nishio.

Selang sebulan selepas mencuba Uji matcha latte di kafe Kyaku di Kuantan, penulis berkesempatan mencuba matcha latte dari Kora Kora Matcha di sebuah ekspo di Selangor.


Menariknya matcha di gerai Kora Kora, ada sehingga lima pilihan perisa seperti strawberi, mangga, kelapa, lemon dan madu. Tapi, untuk matcha latte hanya ada perisa strawberi dan mangga.

Penulis cuba matcha latte strawberi, rasanya agak manis selepas dikacau. Walaupun warna hijaunya terang, rasanya tak kelat seperti matcha latte yang penulis cuba di kafe Kyaku.

Menu matcha, soda, dan coklat di Kora Kora Matcha
Mungkin sebab puri strawberinya manis, ataupun mungkin juga sebab kultivar atau jenis matcha yang digunakan berbeza. Kora Kora menggunakan matcha YURI dari Niko Neko — kultivar Yabukita dari daerah Mie.

Selain matcha latte, ada juga matcha soda untuk korang yang nak cuba matcha yang mempunyai sedikit rasa lemon dan bergas. Harga matcha di Kora Kora antara RM11 ke RM15.

Menu Harga
Matcha Latte RM11
Strawberry Matcha Latte RM13
Mango Matcha Latte RM13
Coconut Matcha RM13
Lemonade Matcha RM11
Honey Matcha RM15
Strawberry Matcha Soda RM13
Mango Matcha Soda RM13
Strawberry Lychee Soda RM9
Purple Soda RM9
Chocolate Milk RM14

Kalau rasa harganya sedikit tinggi untuk sebuah gerai di ekspo, salah satu faktornya ialah harga matcha yang digunakan — RM69 untuk 80 gram atau RM189 untuk 500 gram di Niko Neko.

Penulis dapat tahu yang Kora Kora Matcha ni dimiliki seorang pempengaruh Twitter, atau lebih tepat lagi X; Hanif Jamal atau @brgsjks yang mempunyai seramai lebih 615 ribu orang pengikut.

Gerai atau reruai Kora Kora Matcha di sebuah ekspo
Orang kata kalau pakai Twitter tapi tak kenal Hanif Jamal yang dah mula aktif sejak 2011, dia dikira newbie. Penulislah salah sorang newbie tu walaupun dah ada akaun Twitter sejak April 2009.

Buat masa ni, Kora Kora Matcha cuma buka gerai di acara-acara atau event. Boleh ikut akaun Twitter (atau X) Kora Kora Matcha untuk tahu lebih lanjut di acara mana gerai atau reruainya akan dibuka.

azizinet00 | Hari3aku

Post a Comment

To Top