Kentang Goreng Golden Sweet Cheesy di Friend Fries Bukit Bintang

Kentang goreng di Friend Fries Bukit Bintang
Adanya Pavilion, Lot 10, Sungei Wang, Lowyat, dan Berjaya Times Square menjadikan Bukit Bintang sebagai tempat tumpuan membeli belah ramai orang yang datang ke Kuala Lumpur.

Nak pergi ke Bukit Bintang pun senang sangat sejak ada MRT laluan Kajang, lebih senang berbanding naik monorel sebelum ni. Stesen MRT Bukit Bintang siap sediakan lima jalan keluar — bersebelahan Hotel Imperial, Bukit Bintang Plaza, Lot 10, Hotel WOLO, dan McD.

Penyedia makanan di Friend Fries
Bukan je untuk membeli belah, Bukit Bintang juga, sejak kebelakangan ni; terkenal dengan makanan seperti wagyu skewer, shawarma, knafeh, dan yang terbaru kentang goreng di gerai Friend Fries.

Friend Fries Bukit Bintang

Friend Fries Bukit Bintang
Untuk ke Friend Fries boleh keluar ikut Pintu E, bersebelahan hotel WOLO; dari stesen MRT Bukit Bintang. Tak tahu sejak bila ada gerai ni, yang penulis tahu memang ramai sejak 3 ke 4 bulan lepas.

Kalau dengar je, kentang goreng bersama sos; macam kurang menarik. Tapi di Friend Fries mereka gunakan kentang russet atau, macam kebiasaannya kita dengar; kentang US. Di Lotus's, pada waktu blog ni ditulis; sekilo kentang russet berharga RM8.30.

Selain tu, sos yang ada juga tak terhad kepada sos cili, tomato, dan mayonis. Ada lebih daripada 14 pilihan sos, antaranya sos ekstra pedas, barbeku, mustard, sweet onion, black pepper, mexican, dan thousand island.

Lebih 2000 Kombinasi Sos

Saiz dan harga kentang goreng Friend Fries
Ada tiga jenis saiz, besar, sederhana, dan kecil, masing-masing berharga RM11.90, RM9.90, dan RM7.90. Bergantung pada saiz, kita diberikan tiga, dua, atau satu pilihan sos. Sos tambahan dikenakan RM1.10.

Kiranya, ada lebih daripada 2000 kombinasi sos yang kita boleh cuba. Banyak tu, kalau satu tak kena dengan tekak, ada lagi 1999 cara kita boleh cuba. Ataupun pilih je daripada 4 resepi istimewa yang ada.

Resepi istimewa golden sweet cheesy, nutella, dan korean spicy bbq
Empat resepi istimewa yang ada di sini ialah Golden Sweet Cheesy, Nutella, Korean Spicy BBQ, dan Dutch Patat Special Patat War Potato. Macam boleh teka rasanya macam mana, kecuali yang akhir tu.

Golden Sweet Cheesy

Resepi istimewa Golden Sweet Cheesy
Sebagai peminat keju, penulis pesan Golden Sweet Cheesy. Harganya RM2 lebih mahal, dan untuk saiz sederhana penulis boleh pilih satu, bukannya dua; sos. Satu, sebab golden sweet cheesy dah dikira sebagai satu sos.

Sos Golden Sweet Cheesy dan sos keju adalah berbeza, daripada bekas yang berbeza, kedua-duanya tergantung, dan berpusing-pusing di atas penyedia kentang goreng yang penulis pesan.

Rasanya sangat manis, macam campuran sos keju bersama madu atau susu pekat — harapnya bukan gulalah. Manisnya sampai tenggelam rasa sweet onion, sepatutnya penulis pilih sos yang rasanya sedikit kontra.

Medium Untuk Dua Orang

Sos dalam bekas yang tergantung
Saiz medium boleh dimakan sehingga dua orang. Bagi penulis berbaloi, tak terlalu mahal lebih-lebih lagi kalau beli yang biasa — cuma RM9.90 untuk saiz sederhana. Lebih berbaloi berbanding beli kentang goreng di Richeese Factory.

Yang pasti, ni bukan kali terakhir penulis ke Friend Fries, penulis dah fikir nak pilih sos apa kalau datang lagi ke sini. Penulis nak cuba kombinasi sos mexican dan sweet onion pula lepas ni.

azizinet00 | Hari3aku

Post a Comment

To Top