Daging Wagyu Serendah RM9.80 di JONETZ by Don Don Donki

Daging Wagyu yang sedang dimasak
Pernah tak tertanya kenapa ada daging lembu yang liat, dan ada yang lembut? Selain daripada bahagian daging lembu dan cara memasak yang berbeza, jenis lembu pun memainkan peranan.

Lebih-lebih lagi kalau kita bercakap tentang lembu Wagyu yang berasal dari negara Jepun, ramai yang kata dagingnya cair di mulut. Kemarmaran atau marbling pada dagingnya juga cantik.

Jadi tak peliklah apabila daging Wagyu dijual pada harga yang premium. Harganya boleh mencapai antara RM68 ke RM88 setiap 100 gram bergantung pada bahagian potongan.

Tetapi, sebenarnya kita tak perlu pun keluarkan sehingga RM68 hanya untuk dapatkan pengalaman merasa daging Wagyu. Kita boleh dapatkan daging Wagyu pada harga kurang daripada RM20.

JONETZ by Don Don Donki

Harga Wagyu Beef Skewer di JONETZ by Don Don Donki
Kita boleh dapatkan daging Wagyu, atau lebih tepat lagi sate Wagyu; di JONETZ by Don Don Donki pada harga serendah RM9.80 sebatang untuk saiz kecil, dan RM15.80 untuk saiz besar.

Tak perlu dah ke restoran dan pesan steak yang berharga ratusan ringgit hanya untuk cuba rasa daging Wagyu. Cuba dulu sebatang, rasa dulu apa yang lain berbanding daging lembu biasa.

Daging Wagyu A5 Halal

Daging Wagyu A5
Seperti yang diperakui oleh pihak Don Don Donki Malaysia, mereka menggunakan daging wagyu bergred A5 yang telah disahkan halal, jadi orang islam boleh makan tanpa rasa was-was.

Gred A5 merupakan gred tertinggi yang boleh dilabelkan pada daging Wagyu. Ia ditentukan oleh jumlah daging yang penternak boleh dapat daripada seekor lembu, dan juga kualiti marbling.

Disediakan Bawah 5 Minit

Tukang masak daging Wagyu di JONETZ by Don Don Donki
Waktu penulis ke JONETZ by Don Don Donki cawangan Lot 10 Kuala Lumpur, memang ramai betul tengah tunggu daging Wagyu masing-masing. Setiap pelanggan akan diberikan nombor, jadi perlu tunggu giliran.

Walaupun ramai takdelah kena tunggu sampai sejam, sebab sebatang daging Wagyu cuma mengambil masa kurang daripada 5 minit untuk dimasak. Tak lama pun, untuk pastikan daging masih berjus.

Mengikut pemerhatian dan anggaran kasar penulis, mereka masak dalam 30 batang daging Wagyu dalam satu masa.

Berjus, Cair di Mulut

Dua batang daging Wagyu
Memang betullah apa yang orang kata, daging Wagyu ni cair di mulut dan berjus. Dalam masa yang sama sangat berminyak, tak boleh dielakkan sebab daging Wagyu A5 ni memang banyak lemak.

Lagipun, lebih banyak atau berkualiti marbling pada daging, lebih banyaklah lemak yang ada pada otot. Selain daripada membuatkan rasa daging lebih premium, ia juga membuatkan daging lebih lembut.

Hanya Garam dan Lada

Tukang masak daging Wagyu Don Don Donki
Untuk mengekalkan rasa asli daging Wagyu, mereka cuma gunakan garam dan lada sebagai perasa, dan tak melibatkan sebarang perapan. Jadi apa yang kita rasa itulah rasa sebenar daging Wagyu

Walaupun cuma menggunakan garam dan lada, rasanya memang sedap. Lebih sedap berbanding daging perapan yang penulis pernah makan sebelum-sebelum ni. Tak cukup rasanya sebatang.

Avocado Hokkaido Milk Shake

Avocado Hokkaido Milkshake Don Don Donki
Selesai makan daging Wagyu, kita basahkan pula tekak dengan Avocado Hokkaido Milk Shake. Milkshake buah avokado ni memang kaw, pekat betul rasa lemak dan buahnya.

Harga milkshake ialah RM15.90. Selain avokado, ada juga milkshake keledek, oreo dan pisang. Kalau nak jimat sikit boleh cuba smoothies pada harga RM9.90.

Berbaloi atau Overrated?

Tukang masak daging Wagyu Don Don Donki
Bagi penulis sangat berbaloi sebab penulis dapat rasa daging Wagyu pada harga yang lebih murah berbanding kebiasaan, tak perlu keluarkan beratus-ratus untuk steak Wagyu.

Tetapi, kalau mampu dan nak experience sesuatu yang lebih lagi, apa salahnya cuba steak Wagyu pula kan? Tidak pun, kita beli je Wagyu mentah halal di JONETZ by Don Don Donki.

Gerai daging Wagyu di JONETZ by Don Don Donki
Kalau belum cuba, penulis sarankan untuk cuba sementara masih ada. Boleh dapatkan di JONETZ by Don Don Donki cawangan LOT 10 Kuala Lumpur ataupun Tropicana Garden Mall.

Yang bersiar-siar sekitar Pavilion tu, bolehlah singgah di Lot 10 makan daging Wagyu. Kalau ada benda yang penulis nak komen cuma satu je, tak banyak tempat duduk untuk menunggu.

azizinet00 | Hari3aku

Post a Comment

To Top