Dapatkan Trilogi Tomb Raider (2013-2018) Secara Percuma di Epic Games Store Sebelum 7 Januari 2022

Epic Games
Seperti yang penulis kongsikan sebelum ni, Epic Games akan keluarkan beberapa permainan video secara percuma kepada semua pengguna platform mereka pada setiap minggu.

Sehingga waktu artikel ini ditulis, penulis dah tebus lebih daripada 50 permainan video secara percuma di Epic Games. Belum ada PC gaming? Jangan risau, tebus je dulu, muat turun kemudian.

Sempena tahun baru, Epic Games mulakan tahun 2022 dengan Holiday Sale. Sehingga 6 Januari 2022, kita boleh dapatkan pelbagai permainan video di Epic Games pada harga promosi — diskaun sehingga 75%.

Trilogi Tomb Raider 2013-2018

Tomb Raider Secara Percuma di Epic Games
Bukan tu je, untuk tahun baru ni juga Epic Games keluarkan bukan satu, bukan dua, tetapi tiga permainan video secara percuma. Lebih menarik lagi, ianya merupakan trilogi kepada siri Tomb Raider.

Ada ke yang tak pernah dengar tentang Tomb Raider? Tomb Raider mengisahkan tentang pengembaraan seorang ahli arkeologi, Lara Croft yang mengelingi dunia untuk meneroka makam dan mencari artifak.

Secara kronologinya, trilogi Tomb Raider terbitan Square Enix terdiri daripada permainan video Tomb Raider (2013), Rise of the Tomb Raider (2015), dan Shadow of the Tomb Raider (2018).

Tomb Raider merupakan siri dengan sejarahnya yang tersendiri. Sejak diperkenalkan pada tahun 1996, Tomb Raider sudah merekodkan 12 permainan video, dan 3 filem yang dibintangi oleh Angelina Jolie dan Alicia Vikander sebagai Lara Croft.

Dapatkan Sekarang di Epic Games Store

Shadow of the Tomb Raider

Photo by Epic games

Jadi memang rugilah kalau kita tak ambil peluang yang ada ni untuk dapatkan ketiga-tiga permainan video Tomb Raider tadi secara percuma di Epic Games Store sehingga 6 Januari 2022.

Ingat, komputer tak canggih takpe, boleh tebus dulu, dan muat turun kemudian apabila dah ada komputer berspesifikasi tinggi. Maklumlah, harga GPU dan PC gaming sekarang agak mahal.

azizinet00 | Hari3aku

Post a Comment

To Top