Jom Dapatkan Permainan Video Percuma Setiap Minggu dari Epic Games

Cabaran yang sangat besar untuk kita kekal berada di rumah. Lebih-lebih lagi kalau kita ni jenis yang kaki shopping, kaki lepak mamak, kaki memancing, kaki segala kaki yang tak boleh duduk diam di rumah.

Apabila berada di rumah, aktiviti kita terhad kepada apa yang ada di rumah sahaja contohnya membaca buku, memasak, menanam bunga, dsb. Penulis pula, sekali sekala akan bermain permain video.

Siapa tak suka benda percuma kan? Percaya tak yang kita boleh dapatkan permainan video percuma secara sah, dan bukannya cetak rompak? Siapa lah yang baik hati sangat nak bagi permainan video secara percuma kan?

Epic Games adalah sebuah syarikat permainan video yang membangunkan dan menerbitkan permainan video. Sejak 2018, Epic Games sudah mula memberikan dua permainan video secara percuma pada setiap minggu.

Kalau pernah bermain permainan video Fortnite, mesti pernah dengar tentang Epic Games. Epic Games juga membangunkan enjin permainan Unreal Engine, pencabar utama enjin permainan Unity.

Pemberian permainan video secara percuma ini tidak terhad kepada permainan-permainan video indie, tetapi melibatkan tajuk-tajuk besar dan terkenal juga seperti Grand Theft Auto V, dan Sonic Mania.

Grand Theft Auto V merupakan antara permainan video yang penulis pernah dapat secara percuma melalui Epic Games. Permainan video daripada Rockstar ni kalau dibeli harganya boleh mencapai RM111 luar dari waktu promosi.

Sehingga hari ini, sejak 2020 penulis dah tebus sebanyak 44 buah permainan video secara percuma dari Epic Games. Ini termasuklah tajuk-tajuk popular seperti Roller Coaster Tycoon 3, ABZU, Metro: Last Light Redux, NBA 2K21, Star Wars Battlefront II, dan Control.

Banyak juga yang penulis tak tebus sebab terlupa, contohnya seperti Sonic Mania berapa minggu yang lepas. Jadi jangan lupa pergi ke Epic Games Store setiap minggu supaya tak terlepas permainan video percuma.

Untuk penebusan, hanya perlu cipta akaun Epic Games.

azizinet00 | Hari3aku

Post a Comment

To Top