Windows 11 Insider Preview Binaan 22000.100 Kini Dikeluarkan Untuk Insider di Saluran Beta

Windows 11 Build 22000.100
Pada 29 Julai 2021, Microsoft mengumumkan pengeluaran Windows 11 Insider Preview untuk "insider" berdaftar yang memilih saluran "beta". Pengeluaran ini melibatkan Windows 11 Insider Preview binaan 22000.100.

Keputusan ini dikeluarkan oleh Microsoft seminggu selepas binaan Windows 11 yang sama dikeluarkan pada 22 Julai 2021 untuk insider di saluran "dev".

Berbanding Windows 11 Insider Preview pada saluran dev, keluaran untuk saluran beta adalah lebih stabil. Jadi kalau sebelum ni korang berada dalam saluran dev, ada baiknya berpindah ke saluran beta.

Windows Insider Beta Channel
Penaik tarafan dari Windows 10 ke Windows 11 sangat mudah, pemuat turunan dan pemasangan berlaku di sebalik tabir melalui windows update. Selepas membut semula komputer, Windows 11 sudah sedia untuk digunakan.

Antara penambahbaikan pada binaan 22000.100 ialah "Chat from Microsoft Teams" yang membolehkan panggilan dan penukaran mesej melalui Teams dilakukan pada bar tugasan. Namun, fungsi ini hanya dikeluarkan kepada pengguna dev.

Untuk melihat penambahbaikan, perbaikan, dan perubahan yang lain, boleh rujuk dari laman blog Windows Insider.

A snapshot of Windows 11 First Beta Release
Boleh juga lihat artikel yang penulis terbitkan sebelum ni berkenaan Windows 11 Insider Preview untuk lihat Windows 11 dengan lebih dekat.

Namun, nasihat yang sama masih terpakai, pasang Windows 11 Insider Preview hanya pada komputer pendua, bukannya komputer utama. Walaupun berstatus beta, ia tidak bebas daripada masalah dan pepijat yang berpotensi melemahkan prestasi komputer.

Penaiktarafan secara percuma ke Windows 11 dijangka tiba kepada semua pengguna secara berperingkat bermula Oktober 2021 sehingga pertengahan tahun 2022.

Post a Comment

To Top