Restoran Sri Pinang: Menu Menarik di Restoran Masakan Nyonya Thai Sri Pinang

Restoran Sri Pinang
Masih ingat lagi tentang satu restoran nyonya thai di Shah Alam yang penulis kongsikan dulu? Ye, restoran Sri Pinang. Walaupun harganya agak mahal, kualiti makanannya memang tiptop dan tak pernah mengecewakan.

Jadi hari ni penulis nak kongsikan beberapa menu wajib yang penulis akan pesan apabila makan di restoran Sri Pinang. Mungkin sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang baru pertama kali hendak mencuba restoran Sri Pinang.

Ayam Masak Lemon

Ayam Masak Lemon Restoran Sri Pinang
Hidangan kegemaran penulis, ayam goreng lemon. Kalau ke restoran Sri Pinang, ini memang menu wajib untuk penggemar ayam. Macam pelik je kan campur ayam dengan lemon?

Rasanya masam-masam manis. Kuahnya tak cair, juga tak terlalu pekat. Penulis boleh makan nasi hanya dengan kuah lemon tanpa rasa muak di restoran Sri Pinang.

Tauhu Sizzling

Tauhu Sizzling Restoran Sri Pinang
Siapa tak suka sizzling? Kalau di luar kita boleh makan mi dan kuetiau sizzling, di restoran Sri Pinang kita boleh makan tauhu sizzling sebagai lauk. Dalam menu ni ada tauhu jepun, telur, dan sedikit cendawan, segalanya dibanjiri dengan kuah sizzling.

Tauhunya lembut, dan kuahnya memang sedap dimakan dengan nasi. Sedikit taburan daun bawang sebagai perhiasan, siapa yang akan tolak menu ni?

"Sea Asparagus"

Sea Asparagus Restoran Sri Pinang
Walaupun menu ni dipanggil "Sea Asparagus", ia bukanlah asparagus laut atau salicornia. Tetapi ia sebenarnya sejenis siput buluh atau pepahat yang dikenali sebagai Ensis Macha.

Rasa "sea asparagus" sedikit kenyal, tetapi lebih berisi berbanding pepahat yang kita biasa jumpa di pasar. Menu ini juga disediakan bersama dengan tauhu, cendawan, dan bok choy. Kuah yang digunakan pula berasaskan sos tiram.

Tomyam Seafood

Tomyam Restoran Sri Pinang
Menu wajib kalau ke restoran nyonya thai mestilah tomyam. Tomyam di restoran Sri Pinang rasanya lebih kepada masam berbanding manis, seperti masam asam jawa. Makanan laut yang ada pada tomyam antaranya ialah sotong, udang dan ikan.

Kalau nak lebih manis, boleh cuba campurkan sedikit kuah dari ayam masak lemon.

Kerabu Mangga

Kerabu Mangga Restoran Sri Pinang
Satu lagi makanan thai yang popular ialah kerabu mangga. Penulis tak selalu pesan kerabu mangga, tapi kalau minat dengan kerabu mangga atau som tam, boleh cuba kerabu mangga di restoran Sri Pinang.

Walaupun penulis bukan penggemar kerabu mangga, ini antara menu kegemaran mak penulis.

Crabmeat Tofu Soup

Sup Tauhu Isi Ketam Restoran Sri Pinang
Yang ni menu yang penulis baru pertama kali cuba di restoran Sri Pinang. Bukanlah menu yang penulis wajib pesan setiap kali ke sini tetapi sup tauhu isi ketam ni memang sedap walaupun tauhu jauh lebih banyak berbanding isi ketam. Jarang-jarang penulis makan sup yang rasa macam ni.

Kalau dah bosan dengan tomyam, dan mahukan kelainan, boleh cuba pesan sup tauhu isi ketam.

Senarai Harga

Kaunter Restoran Sri Pinang
Boleh tengok harga menu dari perkongsian penulis tentang restoran Sri Pinang sebelum ni. Untuk harga masakan yang penulis kongsikan tadi, boleh tengok di bawah:

Menu Harga S/M/L
Lemon Chicken RM20 per drumstick
Sizzling Tofu RM10/15/20
Sea Asparagus RM25/35/45
Seafood Tomyam RM15/28/38
Kerabu Mangga RM12/18/25
Crabmeat Tofu Soup RM18/28/38

Selamat Menjamu Selera

Pelanggan yang berpuas hati
Sebenarnya ada banyak lagi menu yang sedap di restoran Sri Pinang, contohnya udang butterprawn, sambal petai udang, dan ikan siakap kukus. Cuma menu-menu yang melibatkan udang dan ikan agak mahal.

Ikan siakap contohnya berharga RM7 setiap 100 gram, dan ikan senangin pula RM8 setiap 100 gram. Jadi kalau nak makan ikan, bagi penulis lebih baik ke restoran makanan laut seperti Aroma Ikan Bakar Jeram.

Tetapi kalau masih nak cuba, tak ada salahnya. Poket masing-masing, silakanlah kalau mampu. Belum pernah lagi penulis rasa kecewa sepanjang pengalaman penulis ke restoran Sri Pinang.

2 Comments

To Top