Bonanza Sushi King Mac 2021 dan SOP, Lebih Lama Menunggu daripada Makan?

Untuk Bonanza Sushi King Mei 2022, boleh klik sini.

Sushi King memang terkenal dengan promosi Bonanza. Sejak dari 2018 sehingga sekarang, setiap sushi dijual pada harga RM3.18 sepiring termasuk cukai perkhidmatan pada waktu Bonanza. Untuk promosi Bonanza, kita perlu daftar sebagai ahli melalui aplikasi Sushi King.

Dah menjadi kebiasaan untuk menuggu giliran setiap kali Bonanza Sushi King berlangsung. Restoran akan penuh dengan penggemar makanan Jepun yang mengambil peluang atas promosi yang hanya diadakan beberapa kali dalam setahun.

Selalunya penulis cuma perlu tunggu dalam 15 ke 30 minit. Tetapi, kali ni penulis perlu tunggu hampir sejam disebabkan oleh SOP yang perlu dijaga. Hanya 50% daripada ruang restoran digunakan untuk menjaga jarak antara pelanggan. Maksudnya, kurang jumlah pelanggan dalam satu masa, lebih masa menunggu.


Daripada 41 menu yang boleh dipilih, hanya ada empat menu yang eksklusif iaitu Beef Burg Nigiri, Spicy Gyu Maki, Beef Saburo Gunkan, dan Ika Fry Piri Piri. Dari keempat-empat ni, penulis cuma cuba Spicy Gyu Maki.


Macam biasa, penulis mesti makan Ebi Fry dan Salmon Kama. Penulis juga makan Chicken Cheese Roll, Fry Roll, Yakiniku, Norwegian Salmon Nishoku, Mentaiko Karaage, Unagi Slice, dan Salmon Menchi.

Semua yang penulis cuba tadi sedap, cuma Salmon Menchi yang penulis makan sedikit lemau, mungkin sebab dah lama terdedah, ataupun mungkin memang macam tu cara penyediaannya. Kalau lebih rangup, macam Surimi Scallop; mesti lebih sedap.


Sudah selesai 10 piring sushi, penulis akhiri hidangan dengan sup miso dan teh hijau suam. Syahdu. Lepas ni tak tahu lagi bila nak ke Sushi King, mungkin tunggu Bonanza seterusnya pula.

Kesemua yang penulis makan tadi berjumlah RM39.45 termasuk cukai. Kalau jenis kuat makan, waktu promosi pun tetap kena keluar duit banyak. Sekali sekala bolehlah hilangkan rasa mengidam makanan jepun kan.

16x16-instagram azizinet00 | facebook hari3aku

2 Comments

  1. Ada menu baru ke penulis?

    ReplyDelete
  2. @Anonymous Rasanya yang Ika Fry Piri Piri tu baru. Ika maksudnya sotong.

    ReplyDelete
To Top