Seronoknya ke Bonanza RM3 Sushi King

Penulis tahu penulis sepatutnya lebih menjaga pemakanan, tetapi promosi yang dilakukan oleh Sushi King membuatkan penulis tak senang duduk melatih diri untuk makan salad dan ikan. Mana boleh jadi, dah masuk hari ke-4, hari terakhir promosi Bonanza RM3 oleh Sushi King di Pahang dan penulis masih belum ke Sushi King.

Selepas beberapa kali berunding dengan diri sendiri sama ada hendak ke Sushi King atau duduk sahaja di kampus, akhirnya pada malam hari terakhir itu juga penulis telah ke Sushi King kerana tidak sanggup memikirkan bahawa dengan terlepasnya promosi kali ini, penulis perlu menunggu lagi 6 bulan sebelum promosi yang seterusnya.

Sama seperti promosi bonanza yang sebelum ini, kalau pergi ke sushi king pada waktu makan tengah hari ataupun selepas waktu bekerja, memang ramai orang dan perlu beratur dan menunggu dalam 15 minit ke setengah jam.

Penulis tiba pada waktu hampir 8 malam, dan telah menunggu selama 20 minit. Bagi penulis 20 minit bukanlah tempoh yang lama kerana setiap pelanggan akan diberi masa selama 45 minit untuk menjamu selera sewaktu bonanza.

Kenapa begitu ramai orang? Bagi sesiapa yang belum pernah ke Sushi King, harga sushi adalah antara RM2 sehingga ke RM7, maka pada waktu Bonanza inlah peluang bagi penggemar sushi mencuba pelbagai jenis sushi yang disediakan Sushi King semuanya pada harga hanya RM3. Waktu inilah penulis hendak mencuba segala jenis sushi yang pada asalnya berharga RM7 seperti Fry Roll, Ebi Fry dan Unagi 😋

Untuk Bonanza kali ini yang berlangsung pada 8-11 Oktober bagi negeri Kedah, Pahang, Perak, Johor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sarawak, dan juga pada 22-25 Oktober bagi negeri Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Penang, Perlis, Terengganu dan Sabah, penggemar sushi boleh menikmati lebih daripada 45 jenis sushi di Sushi king. Menarik bukan?

Memandangkan penulis perlu kurangkan makanan laut dan daging, jadi penulis pun terpaksa hadkan sushi yang menggunakan udang dan daging lembu. Walau bagaimanapun, bagi yang berpeluang, mungkin ada baiknya mengambil kesempatan atas promosi-promosi seperti ini.

Post a Comment

To Top