Bonanza Sushi King Mei 2022 (23 - 26 Mei): Makan Sambil Berpeluang Memenangi Pakej Percutian Berjumlah RM2000

Bonanza datang lagi!! Ada lagi ke yang tak tahu tentang promosi bonanza Sushi King yang diadakan setiap beberapa bulan? Promosi RM3.18 satu piring datang lagi untuk bulan Mei 2022 bermula 23 sehingga 26 Mei 2022.

Ada lebih daripada 40 pilihan untuk dijamah pencinta makanan Jepun, promosi sepanjang 4 hari ni diadakan serentak di seluruh cawangan restoran Sushi King kecuali Sushi King Kiosk.

Syarat-syarat promosi Bonanza Sushi King Mei 2022 ialah:

  1. Hanya untuk dine-in;
  2. Tak boleh disekalikan dengan diskaun atau promosi lain;
  3. Sebarang baucar tak akan diterima kecuali Sushi King Cash Voucher;
  4. Tidak lebih daripada 3 orang untuk setiap keahlian;
  5. Tempahan tempat tak dibenarkan;
  6. Tempoh makan tidak lebih 45 minit;
  7. Smile Points tak boleh diperoleh atau ditebus kecuali untuk menu yang dibayar pada harga biasa.

Untuk setiap 15 piring sushi dalam satu transaksi kita akan diberikan peluang untuk menyertai peraduan "Spin & Win" pada hari yang sama. Ahli Sushi King yang bertuah boleh memenangi pakej percutian berjumlah RM2000.

Dah boleh mula merancang strategi untuk Bonanza Sushi King Mei 2022, manfaatkan sebaik-baiknya peluang ni. Sedikit nasihat, air buatkan kila lebih cepat rasa kenyang. Jadi kalau nak makan lebih banyak, lewatkan minum air.

Nak dapatkan lebih peluang memenangi peraduan? Ajaklah kawan-kawan atau keluarga. Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan Bonanza Sushi King Mei 2022, boleh ke sini.

azizinet00 | Hari3aku

Post a Comment

To Top