4Fingers Crispy Chicken, Ayam Goreng Rangup dengan Sos Istimewa. Lebih Kenyang Bersama Nasi

Selalunya kalau nak makan ayam kita akan ke KFC atau McDonald's. Kalau poket
tebal sikit, kita bolehlah cuba tempat-tempat istimewa yang menyediakan ayam
goreng korea seperti K-Fry, Nene Chicken, dan Kyochon 1991.
Apa yang membuatkan ayam goreng korea lebih menggiurkan berbanding ayam goreng
lain, yang membuatkan ia terkenal di serata dunia adalah pada kerangupan
ayamnya. Rahsianya terletak pada cara penyediaan ayam goreng tersebut.
4Fingers Crispy Chicken: Wings Rice Box dan B.F.F. Burger yang Juicy dengan Dua Pilihan Sos Soy Garlic atau Hot & Spicy
Apa rahsia ayam goreng korea yang buatkan ia sangat rangup? Rahsianya, ayam
goreng korea digoreng sebanyak dua kali, 'double fried'. Gorengan pertama
menggunakan suhu sederhana, gorengan kedua pula dilakukan pada suhu yang lebih
tinggi.

Bermula dengan satu restoran di Singapura, sekarang dah ada cawangan di
Malaysia, Indonesia dan Thailand. Buat masa ini 4Fingers cuma ada cawangan di
Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Johor dan Pahang.


Untuk nasi, 4Fingers gunakan beras jepun, dan kita boleh pilih antara nasi
kosong dan nasi bersama dengan sos teriyaki. Ayam goreng pula secara asasnya
ada dua pilihan sos, soy garlic atau hot.

Waktu penulis terima ayam goreng, penulis perasan ayamnya tak terlalu panas,
tetapi kulitnya memang rangup dan kurang berminyak. Walaupun ayam dah sejuk
selepas terdedah pada suhu sejuk restoran, ayamnya masih rangup.



Lain kali penulis ke 4Fingers penulis akan cuba makan burger atau nasi dengan drumstick
pula, lebih besar berbanding wingette dan drumette.
Post a Comment