Makan di Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram, Kuala Selangor
Sebelum menyambut bulan puasa baru ini penulis sempat singgah makan di Aroma Ikan Bakar yang terletak di Pantai Jeram, Selangor. Secara jujurnya, pada pengalaman penulis ini merupakan antara restoran yang makanannya sedap dan harganya murah. Kebiasaannya restoran ini akan dipenuhi dengan pelanggan-pelanggan, tetapi pada hari penulis pergi ke restoran ini keadaannya agak lenggang sedikit.
Dalam banyak-banyak jenis makanan laut, penulis sekeluarga telah memesan ikan jenahak masak tiga rasa, ikan siakap stim, ikan pari bakar, sotong goreng tepung, dan ikan cencaru masak asam pedas, agak-agak berapa ringgit yang akan hangus ye?
Antara yang penulis dapati daripada pengalaman yang terbaru ini adalah harga yang lebih mahal daripada sebelum ini, mungkin ini antara faktor yang mengakibatkan kekurangan dari segi bilangan pelanggan.
Tentang kualiti ikan, tak perlu risau, sepanjang pengalaman penulis ke restoran ni kualiti ikan dia memang terjaga, baru la rasa berbaloi bayar lebih kn?
Restoran Aroma Ikan Bakar ini beroperasi daripada pukul 3 petang sehingga 12 malam untuk hari isnin sehingga jumaat, manakala pada hari sabtu dan ahad pula ia beroperasi daripada 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam.
Sementara menunggu makanan siap terhidang bolehlah bersiar-siar di tepi pantai jeram dahulu. Tak ada apa sangat sebenarnya pantai yang berdekatan dengan restoran ni, sekadar seronok menikmati angin laut.
Sedikit info, berdekatan dengan Pantai Jeram ialah Pantai Remis, jadi siapa-siapa yang singgah makan di Restoran Aroma Ikan Bakar ni bolehlah jenguk-jenguk Pantai Remis yang lebih sesuai sebagai tempat untuk beriadah bersama keluarga.
Makanan dah sampai, jadi apa tunggu lagi? Kita makan dulu. Nampak menarik bukan? Bukan setakat menarik, rasanya pun sedap juga. Kalau ikutkan, ni bukan kali kedua atau ketiga penulis sekeluarga datang ke restoran ni, banyak kali jugalah, sebab memang pengalaman sebelum-sebelum ni semuanya positif.
Jadi semua dah teka ke belum berapa ringgit yang hangus? 100? 200? Cuba tengok resit di bawah ni.
Penulis dah hangus sebanyak RM188. Pada hemat penulis, kenaikan harga tak dapat dielakkan kerana harga ikan juga bergantung pada musim dan jumlah tangkapan. Yang penting kita rasa berbaloi dengan apa yang kita bayar, sedap pun sedap. Kalau makanan tak sedap, RM5 pun kita dah berkira kan? Tetapi sebenarnya yang hangus tu bukan duit penulis, tapi duit mak ayah penulis, sebab makan ni pun untuk sambut hari jadi penulis yang dah berlalu 3 bulan lepas 😝 Terima Kasih Abah dan Mak. Nak tunggu penulis keluar duit pun, penulis tak ada income lagi, jadi yang membaca ni rajin-rajinla jenguk iklan.
So macam mana? Agak-agak berbaloi tak RM188 tu? Boleh komen pendapat kat bawah ni ye.
p.s. waktu pergi restoran ni masih ada GST 6%
Post a Comment