Grilled Chicken dan Meatloaf Dengan Sos Istimewa di Restoran Farid's Grill, Sungai Petani, Kedah

Meatloaf bersama telur mata, kentang putar dan salad
Beberapa hari yang lepas penulis ada kongsikan tentang sebuah restoran stimbot gril yang terletak di Sungai Petani, Kedah. Berdekatan dengan restoran tersebut ada sebuah restoran makanan barat yang agak sedap untuk korang yang nak makan dengan lebih santai.

Bukan semua orang boleh makan banyak, dapat sepinggan ayam gril pun kadangkala dah cukup mengenyangkan. Untuk orang yang macam ni, boleh teruskan membaca sebab penulis nak kongsikan tentang sebuah tempat makan yang agak tersorok di Sungai Petani.

RESTORAN FARID'S GRILL

Restoran Farid's Grill
Cuma dalam 500 meter dari restoran Santai by the Garden, tapi nak ke sini kena lalu jalan kampung dalam 200 meter. Kalau datang pada waktu malam jangan risau sebab sepanjang laluan ke restoran dari jalan utama diletakkan lampu.

Sebelum sampai ke lorong terletaknya restoran, akan nampak papan tanda berwarna putih dengan tulisan "Farid's Grill @ Lot 9, follow the lights, ikut lampu" bersama gambar dua biji mentol lampu.


Alamat: 647F, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani, Kedah.
Waktu: Selasa - Ahad (6:00pm - 11:00pm).

Jangan keliru, sebab restoran Farid's Grill memang terletak di dalam kawasan rumah yang luas. Kali pertama datang ke sini ada jugalah rasa macam menceroboh masuk ke kawasan rumah orang.

Kerusi meja di tempat makan Restoran Farid's Grill
Restorannya dihias dengan barangan antik, kerusi mejanya pun tak seragam. Ada sebahagian meja menggunakan kerusi plastik, ada sebahagian menggunakan kerusi kayu. Duduklah di mana-mana yang selesa.

RESTORAN MAKANAN BARAT

Ayam gril bersama kentang putar dan salad
Di sini ada makanan barat seperti chicken chop, lamb chop, fish & chip, stik, pasta, burger, dan makanan melayu seperti nasi goreng. Kalau nak makananan yang lebih ringan, boleh cuba kentang goreng atau sup cendawan.

Kesemua menu yang penulis cuba — grilled chicken, meatloaf, prawn olio, nasi goreng, dan sup cendawan — sedap. Terutamanya sup cendawan, sampai terlupa nak ambil gambar. Ini juga kali pertama penulis cuba meatloaf, rasanya seakan-akan bebola daging yang dicampurkan ayam dan dibentukkan seperti patti burger.

Pasta prawl olio bersama keju parmesan
Penulis sangat sukakan kentang putar dan sos yang diberikan sekali dengan ayam panggang dan meatloaf. Kentangnya berlemak dan sosnya, bagi penulis; agak unik dan bukannya macam sos perang atau sos lada hitam yang penulis biasa makan — rasa macam campuran dua jenis sos.

Pasta prawn olio pun sedap juga, ada empat ekor udang dan pastanya dihiaskan dengan serbuk parmesan dan daun bawang. Keju parmesannya banyak, menjadikan rasa pastanya lebih berlemak dan masin.

Nasi goreng biasa bersama telur mata
Nasi goreng cukup rasa, tapi kalau korang datang ke sini penulis syorkan untuk cuba nasi goreng kambing. Tak ingat pula telur mata yang penulis dapat sebahagian daripada menu atau ditambah. Sewaktu penulis ke sini, nasi goreng kambing dah habis.

Kalau tinggal berdekatan dengan restoran, tak mustahil penulis akan datang ke sini sekurang-kurangnya sekali setiap bulan untuk makan ayam gril atau sup cendawan bersama roti.

Menu Harga
Grilled Chicken RM16.00
Meatloaf RM17.00
Prawn Olio RM20.00
Nasi Goreng Biasa RM5.00
Nasi Goreng Kambing RM13.00
Mushroom Soup RM10.00
Harga menu di Farid's Grill pada Januari 2024

Untuk Sungai Petani, harganya on the higher side. Tapi harganya — sekurang-kurangnya untuk apa yang penulis cuba — bersesuaianlah dengan kualiti dan cara makanannya dipersembahkan pada pinggan.

Memang disyorkan untuk cuba makan di sini. Kalau poket tebal bolehlah cuba lamb chop, tenderloin steak atau salmon fillet. Kalau poket berlubang, cubalah grilled chicken, nasi goreng kambing atau mushroom soup.

Post a Comment

To Top