Naan Tandoori dan Nasi Kandar di Restoran Thaiyyub, Kepala Batas, Pulau Pinang

Naan tandoori bersama kuah dalca dan pudina
Baru-baru ni tular di TikTok tentang sebuah kedai mamak di Kepala Batas, Pulau Pinang yang menyediakan roti canai bersama lambshank dan kacang kuda yang dibalut menggunakan daun pisang.

Belum pernah lagi cuba menu yang tular tadi, tapi penulis pernah ke sini sebelum restorannya tular. Pada waktu tu, cuma ada Killi Parotta — roti canai bersama kari ayam yang dibalut menggunakan daun pisang.

Restoran Thaiyyub Nasi Kandar di Bertam Perdana
Restoran Thaiyyub atau Thaiyyub Nasi Kandar bertempat di Bertam Perdana, dalam 5 kilometer dari Mydin Bertam atau 7 kilometer dari Lotus's Bertam Perdana. Dari plaza tol Bertam cuma perlu memandu dalam 10 minit.


Alamat: 15, Lorong Panglima 2, Bertam Perdana 3, Bertam, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
Waktu: Isnin - Ahad (6:30am - 11:55pm).

Waktu tu, penulis cuma cuba naan dan nasi kandar. Apa yang penulis boleh kata, kalau datang ke sini boleh cuba roti naan tandoori. Nasi kandar, penulis tak berapa pasti sebab tak berapa kick.

ROTI NAAN DENGAN TIGA JENIS TANDOORI

Tiga jenis pilihan ayam tandoori berwarna hijau, kuning dan merah
Isimewanya tandoori di sini, ada 3 jenis — belum pernah lagi tengok di kedai mamak lain. Ada warna merah, hijau dan kuning. Penulis cuma cuba yang biasa, tak pasti apa rasanya yang kuning dan hijau.

Penulis teka, yang kuning rasa kunyit dan hijau rasa pudina. Kalau ada yang dah rasa bolehlah komen di bawah. Bagi penulis, ayam tandoorinya sedap — cukup rasa dan tak terlalu masin ̬ lebih sedap selepas diperahkan limau.

Roti naan bersama ayam tandoori biasa berwarna merah
Macam biasalah, akan ada bawang, limau, kuah dalca dan pudina. Tambahan satu lagi, sos berwarna putih yang berlemak seakan-akan mayonis. Penulis tolak tepi dalca, cuma makan dengan pudina dan sos berlemak tadi.

Sekarang, kalau penulis makan roti naan tandoori mesti akan perah sedikit limau pada isi ayam dan makan bersama dengan bawang. Kalau ada daun ketumbar pun penulis akan guna juga.

NASI KANDAR BIASA-BIASA SAHAJA

Nasi kandar bersama kuah campur, ayam goreng madu dan kobis goreng
Nasi kandar pula, bagi penulis biasa-biasa je. Kalau korang penggemar nasi kandar macam penulis, korang mesti sedar yang tak semua kedai mamak ada nasi kandar yang sedap.

Macam di restoran Thaiyyub, roti naannya sedap dan penulis percaya roti canainya pun sedap. Tapi, nasi kandarnya jauh ketinggalan kalau nak dibandingkan dengan restoran Pelita — apatah lagi Hameediyah.

Pilihan kuah nasi kandar di restoran Thaiyyub
Kuah gulainya, macam yang korang nampak daripada gambar yang penulis tangkap; kurang berempah dan sedikit ceroi atau mat saleh kata watery. Dari segi warnanya pun nampak kurang menarik.

Kuah kari ikan di sini agak masam. Tapi kalau tolak tepi kuah, lauk yang penulis cuba — kobis goreng dan ayam goreng madu — tak ada masalah. Mungkin ada tukang masak atau tukang cedok kuah yang cuti.

'NASI KANDAR' PADA NAMA RESTORAN

Tapi ni cerita bulan Januari 2024, penulis tulis artikel ni pada Mei 2024. Jadi, mungkin dah ada penambahbaikan pada gulai nasi kandar. Harapnya diperbaikilah sebab ada gunakan perkataan 'Nasi Kandar' pada nama restoran.

Secara keseluruhannya, berpuas hati dengan roti naan tandoori tapi kurang berpuas hati dengan nasi kandar. Cuma jangan letak harapan yang terlalu tinggi, sebab roti naan tandoori di restoran Kapitan lebih sedap.

Sotong dan ikan goreng tepung
Rugilah kalau tak diperbaiki sebab restoran dah mula tular dan pelanggan pun dah mula ramai. Sotong dan ikan gorengnya yang merah menyala tu memang nampak sedap, tapi peranan gulai jauh lebih penting.

Kesimpulannya, datanglah ke restoran Thaiyyub dan cuba roti naan tandoori. Untuk nasi kandar hunter, cari tempat lain dulu — boleh cuba nasi kandar di restoran Nasi Arab Kepala Batas, dalam 7 kilometer dari sini.

Post a Comment

To Top