Nasi Kandar Ayam Bawang di Hameediyah, Restoran Nasi Kandar Tertua di Malaysia

Sepinggan nasi kandar di Hameediyah
Restoran nasi kandar yang terkenal dengan tagline "Pi mai pi mai, Hameediyah juga!!" ni memang tak asing lagi bagi penduduk Pulau Pinang. Antara yang terawal di Pulau Mutiara, sejak 1907.

Bermula dengan menjual nasi kandar menggunakan kandar di Lebuh Campbell, Hameediyah merupakan pelopor nasi kandar yang tertua di Malaysia. Restorannya, juga di Lebuh Campbell, yang dibuka selepas perang dunia ke-2 masih kekal sampai sekarang.

Restoran Nasi Kandar Hameediyah

Restoran Nasi Kandar Hameediyah Jalan Baru
Walaupun tak pernah ke restoran asalnya, di No. 164, Lebuh Campbell, Georgetown; penulis berkesempatan untuk mencuba nasi kandar Hameediyah dari cawangannya yang lain.

Cawangan Hameediyah di Pulau Pinang terletak di Lebuh Campbell, Sungai Ara, dan Jalan Baru. Luar dari Pulau Pinang pula, Hameediyah berada di Ampang dan Kota Damansara.

Cawangannya di Lebuh Campbell cuma dalam 1.5 kilometer dari restoran makanan Vietnam, Saigon Bowl yang penulis pergi sebelum ni untuk makan pho daging dan ayam halal.

Gulai lamb shank Hameediyah
Selain Chef Ammar, Hameediyah juga terkenal dengan lamb shank. Lamb shank di Hameediyah sangat lembut, kuahnya pula berempah dan likat. Harga, bergantung pada saiz; antara RM35 ke RM45.

Ayam Kampung Goreng Bawang

Nasi kandar ayam bawang bersama bendi
Lamb shank memanglah sedap, tapi penulis lebih suka makan nasi kandar dengan ayam bawang. Rugi datang ke Hameediyah kalau tak cuba ayam bawang. Kalau bukan sebab Hameediyah, penulis mungkin tak kenal ayam bawang.

Ayam bawang di Hameediyah menggunakan ayam kampung, jadi isinya tak banyak, dan saiznya kecil untuk ayam yang dipotong suku. Kombinasi terbaik semestinya ayam bawang dengan bendi atau kubis.

Bawang pada ayam tak terlalu masin, sangat sedap dimakan bersama nasi yang dah dibanjiri kuah campur. Belum pernah lagi penulis dapat gulai ceroi di Hameediyah.

Gulai Kambing Mysore

Nasi kandar kambing mysore bersama peria dan telur masin
Selain ayam bawang, gulai kambing mysore (sebuah tempat di Karnataka, India) pun sedap juga. Susah nak cari kekurangan dalam gulai Hameediyah yang likat dan kaya dengan rasa.

Tak tahulah apa beza antara kambing mysore dan kari kambing. Mungkin kambing mysore menggunakan tomato dan yogurt, menjadikannya lebih likat.

Harga Makanan di Hameediyah

Nasi kandar kambing dan ayam
Harga di Hameediyah lebih premium, melainkan kalau korang datang makan nasi bersama kuah campur dan sayur je. Penulis perasan, harga lauk selain protein agak murah.

Menu Harga (RM)
Nasi Putih 1/2 1.20
Peria Goreng 1.50
Telur Masin 1/2 1.20
Acar Lada Hijau 1.00
Bendi 2 1.40
Ayam Kampung Bawang 1/4 12.00
Kambing Mysore 13.00

Harganya lebih mahal berbanding restoran nasi kandar lain seperti Subaidah dan Pokok Ketapang, aka Jamal Muhamed, tapi pelanggan tak pernah bosan beratur di kaunter nasi kandar Hameediyah.

Resepi Turun Temurun Sejak 1907

Pelanggan beratur di kaunter nasi kandar Hameediyah
Tak tahulah berapa banyak kas-kas digunakan dalam gulai nasi kandar Hameediyah, mustahil tak gunakan kas-kas kalau gulai sedap macam tu. Makan sekali mesti nak lagi, kalaulah berduit mesti setiap 3 hari beratur di Hameediyah.

Selain lamb shank, ayam bawang dan kambing mysore, ada juga lauk-lauk rare lain seperti ayam piru, ayam mutiara, burung puyuh, burung merpati, itik, angsa, dan sotong goreng apollo.

Lauk nasi kandar di Hameediyah
Agaknya berapa banyak resepi Hameediyah yang dikekalkan sejak 100 taun yang lepas, dan berapa pula yang dah diolah untuk menepati citarasa rakyat Malaysia yang berubah setiap generasi?

Rempah ratus di Hameediyah digiling sendiri, bukannya diambil dari Adabi, Baba's atau Alagappa's. Kalau dapat resepi Hameediyah ni, esok lusa boleh mula bisnes katering.

azizinet00 | Hari3aku

Post a Comment

To Top