80,000 Paket Dendeng Nyet Berapi, Hanya RM14.99 Pada Hari Pelancaran di TikTok Khairul Aming Secara Live Pada 9 Malam 2 Februari 2024

Dendeng Nyet Berapi
Selama 3 tahun ni, pempengaruh media sosial merangkap usahawan Khairul Aming — berbekalkan momentum daripada popularitinya sebagai pencipta kandungan masakan — cuma perlukan satu produk je untuk berjaya.

Tapi macam biasalah, peminat takkan cukup dengan satu produk je. Penulis sendiri pun dah lama tunggu Khairul Aming keluarkan produk baru sejak pertama kali cuba Sambal Nyet Berapi setahun lepas — dua tahun selepas Sambal Nyet dilancarkan.

Rasanya dalam setahun ni penulis dah pesan 5 botol Sambal Nyet. Jadi bila penulis dengar Khairul Aming nak keluarkan produk baru, memang rasa tak sabar nak cuba. Cumanya, untuk batch pertama ni hanya dijual melalui TikTok Shop.

DENDENG NYET BERAPI


Mungkin ramai yang beranggapan Khairul Aming akan keluarkan produk yang sama macam Sambal Nyet cuma berbeza perisa — macam sambal hijau, tempoyak, hitam, atau petai. Namun, produk yang akan dilancarkan pada hari Jumaat, 2 Februari 2024 ni sebenarnya ialah daging dendeng.

Kenapa Khairul Aming mengambil masa sehingga 3 tahun untuk keluarkan Dendeng Nyet Berapi? Salah satu sebabnya ialah R&D (penyelidikan dan pembangunan) yang memakan masa selama setahun, untuk memastikan hanya bahan yang terbaik akan digunakan, dan produk yang terbaik akan masuk ke pasaran.


Salah satu sebab kenapa Dendeng Nyet Berapi yang dipilih sebagai produk kedua dan bukannya variasi lain bagi Sambal Nyet, Khairul Aming tak mahu produknya bersaing sama sendiri tapi saling melengkapi.

Sebelum ni, kita makan nasi dengan Sambal Nyet mesti kena ada protein macam ikan atau ayam goreng. Sekarang, kita boleh makan nasi dengan Sambal Nyet dan Dendeng Nyet Berapi.

PELANCARAN DI TIKTOK 9 MALAM 2 FEBRUARI 2024


Jadi macam mana nak dapatkan Dendeng Nyet Berapi? Pertama sekali kena ada akaun TikTok. Kedua, tengok pelancaran Dendeng Nyet Berapi secara live di akaun TikTok Khairul Aming pada 9 malam 2 Februari 2024.

Pada waktu pelancaran di TikTok nanti, sebanyak 80,000 paket Dendeng Nyet Berapi akan dijual dengan had pembelian sebanyak 6 pek setiap seorang. Satu paket Dendeng Nyet Berapi seberat 180 gram akan dijual pada harga RM14.99 — cuma seringgit lebih mahal berbanding Sambal Nyet.

TAK PEDAS MACAM SAMBAL NYET


Setiap paket yang belum dibuka boleh tahan sehingga setahun daripada tarikh pembuatan pada suhu bilik. Tekstur dagingnya berderai, bukan berketul jadi sesuai untuk semua lapisan umur. Tahap kepedasannya pula cuma 4/10.

Sebagai produk ready to eat, memang sesuai untuk pelajar dan orang bujang. Nak bawa travel dan berkhemah pun sesuai sangat, koyakkan bungkusan terus boleh makan. Kalau nak lagi sedap, boleh panaskan bungkusan dalam air panas.

Sambal dah ada, daging pun dah ada, mungkin lepas ni boleh keluarkan produk berasaskan ayam atau nasi pula. Kalau momentum ni diteruskan, suatu hari nanti Khairul Aming akan bersaing dengan syarikat Brahim's.

Kemaskini: Kesemua 80,000 paket Dendeng Nyet Berapi habis dijual dalam masa hanya 3 minit 39 saat.

azizinet00 | Hari3aku

Post a Comment

To Top