Hash Browns Egg Toast dan Aren Signature Coffee di Bask Bear Coffee

Hash Browns Egg Toast dan Aren Signature Coffee di Bask Bear Coffee
Kedai kopi tak semestinya hanya perlu menjual kopi, sebab penulis memang suka gandingkan kopi atau teh penulis dengan makanan seperti manisan atau pastri. Kadang-kadang, roti bakar pun jadi.

Walaupun roti bakar sapu mentega, jem atau sekaya pun dah cukup, ada masanya kita nak juga meneroka dan mencuba rasa yang baharu. Mungkin roti bakar bersama hashbrown dan telur.

Bask Bear Coffee

Friyay: Hash Brown Egg Toastie with a cup of hot coffee — an egg-celent combo to start the long weekend!

Posted by Bask Bear Coffee on Thursday, October 6, 2022

Itulah yang penulis cuba di Bask Bear Coffee baru-baru ni, sarapan yang bagi penulis agak liar dan berat juga. Selain roti bakar, penulis pesan juga kopi bersama gula aren.

Kalau korang datang ke cawangan Bask Bear Coffee yang menyediakan ruang makan dalaman yang luas, bolehlah terus makan di situ. Roti bakar lebih sedap dimakan panas-panas.

Hash Browns Egg Toast

Hash Brown Egg Toast Bask Bear Coffee
Hash browns dan telur hancur dikepitkan roti bakar yang tebal, disediakan bersama salad dan sedikit sos keju dan mayonis. Rasanya bukanlah sesuatu yang unik, mungkin kita dah pernah rasa benda yang sama di tempat lain.

Tetapi, kombinasi kentang dan telur boleh membuatkan kita kenyang lebih lama. Mungkin boleh makan ketika brunch berbanding sarapan, akan kenyang sampai ke petang.

Sos keju dan mayonis pada Hash Browns Egg toast
Cuma perasa diletakkan agak sedikit, hanya di bahagian atas; menjadikan makanan agak kering di bahagian bawah dan adakalanya sukar ditelan. Mungkin boleh ditambahkan sedikit di bahagian dalam, tetapi tak terlalu banyak sampai memuakkan.

Lebih menarik lagi kalau Bask Bear Coffee ada sos istimewa mereka sendiri, berbeza berbanding sos yang kita selalu simpan di rumah. McD ada sos Bigmac, Nando's ada sos Peri-peri, setiap jenama perlukan sesuatu yang unik.

Untuk harga RM12.20 penulis harapkan sebuah "wow factor". Bagi penulis, tiada "wow factor" dan agak biasa, tetapi sebagai sebuah roti bakar bersama hash browns dan telur hancur, rasanya sedap.

Kopi Susu Gula Aren

Roti Bakar dan Kopi
Boleh dikatakan menu signature atau istemewa di Bask Bear Coffee, setiap pelanggan Bask Bear Coffee haruslah sekurang-kurangnya sekali mencuba kopi susu bersama gula aren.

Sejujurnya penulis dapat rasa kemanisan daripada gula aren, cuma penulis tak dapat nak ceritakan apa perbezaannya berbanding gula Melaka atau gula apong. Agak manis, penulis lebih gemar "latte no sugar".

Mungkin perasaan penulis, tapi rasanya sedikit berbeza berbanding gula perang — jauh sekali berbanding karamel.

Boleh Dapatkan Juga di Tealive

Our Toasteas™ are so irresistibly good, you’ll want to come back for more! Bring your friends and enjoy a fun meal together at Tealive! Paired best with the drink of your choice. *Tealive EATs menu offering may vary depending on store to find out more at https://www.tealive.com.my/find-outlet #Tealive #TealiveEATs #TealiveGotFood #Toastea

Posted by Tealive Asia on Friday, December 2, 2022

Memandangkan Bask Bear Coffee dimiliki oleh Loob Holding Sdn. Bhd., syarikat yang sama memiliki Tealive; kita juga boleh dapatkan roti bakar yang sama di sebahagian cawangan Tealive.

Nak makan roti bakar bersama teh susu boleh ke Tealive, kalau nak makan bersama kopi boleh ke Bask Bear Coffee.

Boleh Buat Sendiri di Rumah?

Bahan-bahan Hash Browns Egg Toast
Roti bakar yang kita dapatkan di Bask Bear Coffee, lebih-lebih lagi untuk menu yang kurang unik; kita boleh buat sendiri di rumah. Cuma perlukan masa dan tenaga yang cukup je.

Kalau penulis ke Bask Bear Coffee, penulis akan dapatkan menu yang lain pula. Lebih baik lagi kalau mereka dapat keluarkan menu bermusim yang agak susah untuk penulis tiru di rumah.

Nak tau apa lagi yang boleh buatkan penulis ke Bask Bear Coffee semula? Perkenalkan semula "toastie combo" supaya penulis tak perlu membelanjakan RM21.50 hanya untuk roti bakar dan kopi bersaiz sederhana (12oz).

azizinet00 | Hari3aku

Post a Comment

To Top