Boat Noodle: Mencuba Mi Sup Ayutthaya dan Ayam Legend, Apa Bezanya Sup Pathumthani dan Ayutthaya?

Jangan tak percaya kalau penulis kata penulis memang tak pernah ke Boat Noodles sebelum ni. Yang penulis tahu, di Boat Noodle ada jual mi bersaiz kecil yang kita boleh ulang-ulang pesan dan makan.

Sewaktu Boat Noodle trending dulu, penulis masih lagi seorang pelajar ijazah sarjana muda. Setiap kali lalu depan Boat Noodle mesti ramai orang, kebanyakannya orang-orang muda.

Walaupun Boat Noodle dah ada di Malaysia sejak 2014, baru sekarang penulis terbuka hati untuk pergi ke Boat Noodle dan rasa makanan yang ada di sana, khususnya mi.

Pathumhani dan Ayutthaya, Apa Bezanya?

Kita boleh pilih antara Pathumthani dan Ayutthaya, dua pilihan sup untuk mi di Boat Noodle. Apa beza kedua-dua sup Pathumthani dan Ayyuthaya? Mana satu yang kita kena pilih?

Kalau korang sukakan sup berasaskan kicap yang lebih ringan, tetapi kaya dengan rasa korang bilih cuba Pathumthani. Tapi kalau korang lebih sukakan sup yang berlemak dan likat, cubalah Ayutthaya.

Sebaiknya cuba jelah kedua-duanya. Malangnya, penulis cuma boleh cuba Ayutthaya sebab Pathumthani dah kehabisan stok di cawangan yang penulis pergi.

Boat Noodle: Ayam atau Daging? Rice Noodle atau Springy Noodle?

Selain daripada pilihan sup, kita juga boleh pilih antara ayam atau daging. Bukan tu je, kita juga boleh pilih antara dua jenis mi, antara "rice noodle" dan "springy noodle".

Kedua-dua jenis mi bersaiz halus, tetapi lebih tebal berbanding bihun. Bahannya pula berbeza, mi beras diperbuat daripada tepung beras, tetapi mi kenyal diperbuat daripada tepung gandum.

Boat Noodle Ayutthaya: Lemak Berkrim

Warna sup Ayutthaya kecoklatan, itu tandanya ia lebih berlemak berbanding sup Pathumthani yang berwarna lebih kehitaman. Rasanya sedikit masam, sedikit pedas dan berherba.

Rasa dan kelikatannya berbeza dengan kebanyakan sup yang penulis pernah cuba, cuma rasa masamnya mengingatkan penulis kepada rasa mi celup di Kelantan.

Boat Noodle Best Seller: Ayam Legend

Jangan ingat Boat Noodle cuma ada mi, makanan-makanan siam lain pun ada di sini. Contohnya Ayam Legend, katanya best seller di Boat Noodle jadi penulis mestilah nak cuba.

Ayam Legend menggunakan ayam bahagian thigh yang diperap dan dibakar, disediakan bersama salad dan sosnya yang sangat kaya dengan rasa. Sosnya mungkin campuran antara sos thai, bawang, serbuk cili, ketumbar, daun bawang dan beberapa perasa yang lain.

Sos yang digunakan memang bintang utama untuk menu ni. Sangat sedap, kalau dapat makan dengan daging bakar danok memang terangkat.

Boat Noodle Best Seller

Antara best seller lain di sini ialah Sangkaya dan Kra Pow Chicken Rice. Menu-menu lain pula seperti Pad Thai, Thai Fried Chicken, Pandan Wings, Crunchy Popeye's Tempura dan Yum Mama (kerabu mi).

Aneka Minuman Boat Noodle: Terer Taro dan Blue Butterfly

Ada lebih kurang lapan pilihan minuman di Boat Noodle seperti Cha Yen (teh ais), Kaffe Yen (kopi ais), Cha Keow Yen (teh hijau ais), Terer Taro (keladi), Blue Butterfly dan air kelapa.

Penulis cuba Terer Taro dan Blue Butterfly, kedua-duanya sedap. Rasa air Terer Taro seperti aiskrim keladi, Blue Butterfly pula seperti lemonade.

Boat Noodle: Harga Makanan dan Minuman

Selain daripada mi sup Pathumthani dan Ayutthaya, harga makanan-makanan lain di Boat Noodle sedikit mahal. Boleh tengok harga makanan dan minuman pada jadual di bawah:

Makanan Harga
Pathumtani/Ayutthaya Beef 2.80
Pathumtani/Ayutthaya Chicken 2.20
Fried Chicken Skins 2.20
Fried Wonton Skins 2.20
Sangkaya 8.50
Kra Pow Chicken Rice 15.80
Pad Thai 16.20
Kaw Pad Super 16.20
Ayam Legend 15.80
Yum Mama 11.90
Thai Fried Chicken 15.80
Crunchy Popeye's Tempura 8.20
Pandan Wings 13.90
Grilled Chicken Meatballs 5.20
Grilled Beef Meatballs 7.90

Minuman Harga
Cha Yen
Kaffe Yen
Cha Keow Yen
Cha Manao Yen
Terer Taro
9.50
Mango Smoothie
Blue Butterfly
6.00
Fresh Thai Coconut 10.50
Hot Kaffe 9.20
Chill Chill Water 3.50

Lebih Asli Dengan Mi Beras

Penulis dah cuba kedua-dua mi beras dan mi kenyal, dan penulis lebih sukakan mi beras. Tak ada apa yang istimewa dengan mi kenyal sebab rasanya hampir serupa dengan mi segera.

Untuk rasa Guay Tiew Ruea yang lebih asli, pesanlah mi beras.

Makanan Thai Masih Trending Ke?

Penulis tak pastilah sama ada makanan thai masih trending ataupun tidak di Malaysia. Yang pasti makanan yang penulis cuba di Boat Noodle memang sedap, walaupun ada beberapa kekurangan.

Rasa sup Ayutthaya agak masam seperti ada perahan limau, jadi mungkin ada orang yang tak berapa suka walaupun penulis suka. Airnya pula terlalu banyak ais, memang cepatlah habis.

Di sini takde tomyam ye, kalau nak tomyam boleh ke Soi 55. Apa-apa pun, penulis akan ke Boat Noodle lagi selepas ni untuk cuba sup Pathumthani dan menu best seller lain seperti Sangkaya dan Pad Kra Paw Chicken Rice.

azizinet00 | Hari3aku

Post a Comment

To Top