Belia dan Pelajar Boleh Mula Memohon ePemula Mulai 11 April 2022

Ramai yang kecewa, terutamanya golongan bujang; di penghujung Mac lalu gara-gara status permohonan BKM mereka yang gagal. Keliru bila lihat kod 06, " Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang".

Tertanya juga, syarat apa yang tak lepas? Sedangkan kita bujang dengan pendapatan bawah RM2500, mungkin juga tiada pendapatan. Kenapa alasan yang diberikan tidak begitu tepat?

Pelajar Tak Layak BKM

Untuk pengetahuan semua, permohonan BKM akan menjadi gagal apabila sistem mendapati bahawa pemohon merupakan seorang pelajar tak kisahlah berapa pun umur pemohon tersebut.

Jadi kalau korang seorang pelajar, memang dikira tak layak pun sebenarnya untuk mohon BKM. Ini tak dijelaskan secara terang pada awal Januari yang lepas, dokumen FAQ pun dipinda pada 10 Januari — 10 hari selepas mula permohonan.

Ini link untuk dokumen FAQ lama dan ini yang baru. Yang lama dah tak boleh diakses, boleh akses di Wayback Machine — tak ada sebarang maklumat tentang pelajar pun.

Bantuan Kewangan RM150 ePemula

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM300 juta untuk dimanfaatkan oleh 2 juta belia yang terdiri daripada mereka yang berumur antara 18-20 tahun dan juga pelajar.

Mereka yang layak akan menerima sebanyak RM150 dalam bentuk digital. Jadi, kepada pelajar-pelajar semua yang gagal permohonan BKM, tak perlulah buat rayuan pada bulan Mei nanti.

Siapa Yang Layak Memohon ePemula?

Ringkasnya, pemohon yang layak ialah:
  • Rakyat Malaysia berumur antara 18 sehingga 20 tahun pada tahun 2022.
  • Rakyat Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa setaraf SKM4 atau diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi awam atau swasta yang diiktiraf kementerian tertentu.

eWallet yang Terlibat

Permohonan boleh dilakukan di eWallet seperti Touch 'n Go eWallet, ShopeePay, GrabPay, dan BigPay. Sesiapa yang layak akan menerima notifikasi daripada aplikasi-aplikasi tadi.

Kalau tak terima notifikasi, boleh cuba semak aplikasi masing-masing untuk maklumat lebih lanjut, atau tekan link eWallet pilihan korang di perenggan atas. Pemohon cuma boleh pilih salah satu daripada eWallet tadi.

Syarat Penggunaan Wang ePemula

Ramai kurang bersetuju apabila kerajaan meletakkan syarat-syarat yang bagi pemohon tak logik untuk menggunakan bantuan RM150 ePemula ni. Bantuan RM150 ePemula tak boleh digunakan untuk:
  • Penukaran kepada tunai.
  • Pemindahan wang ke akaun lain.
  • Transaksi secara dalam talian.
  • Pembelian secara online (e-commerce).
  • Kebanyakan bayaran melalui aplikasi seperti membayar bil, top-up, kredit permainan, parking dan sebagainya.

Jadi nak gunakan di mana? Senang cerita cuma boleh digunakan untuk pembelian secara offline di kedai-kedai yang membenarkan pembelian menggunakan eWallet, contohnya di 7-Eleven dan KFC.

Tak dinafikan sedikit menyusahkan pengguna, tetapi pada sudut yang lain sebenarnya ia boleh mengelakkan salah guna, pembelian impulsif dan berupaya merancakkan ekonomi setempat.

Tempoh Masa Penggunaan

Duit RM150 yang diberikan boleh digunakan sepanjang 11 April sehingga 10 Jun 2022. Kalau korang gunakan Touch 'n Go eWallet, boleh semak senarai peniaga yang terlibat di sini.

Jangan lupa kongsikan ke rakan-rakan pelajar yang kecewa sebab gagal permohonan BKM baru ni. Agak-agak boleh buat apa dengan RM150 ni? Bolehlah cukup makan sebulan.

Boleh juga cuba gunakan di kedai-kedai yang menyediakan bayaran menggunakan DuitNow QR. Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan ePemula boleh ke laman ePemula.

azizinet00 | Hari3aku

Post a Comment

To Top