Tarikh dan Kaedah Pendaftaran, Permohonan, Pengemaskinian, dan Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022
Bajet 2022 memperuntukkan sebanyak RM8.2 bilion untuk BKM, Bantuan Keluarga Malaysia yang akan dimanfaatkan oleh 9.6 juta penerima daripada kumpulan B40. Peruntukan bantuan kewangan kali ini adalah lebih tinggi berbanding BPR 2021 — RM7 bilion.
Bagi mengurangkan keciciran dalam pemberian bantuan, data-data dari permohononan BPR2021, GKP, dan data dari agensi dan bantuan-bantuan lain seperti e-Kasih, JKM, JAKOA dan sebagainya akan digunakan.
Tarikh Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Pengemaskinian maklumat bagi pemohon sedia ada BPR dan BKC, yang lulus dan tidak lulus; boleh dilakukan di laman sesawang https://bkm.hasil.gov.my bermula 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022.
Bagi mereka yang belum pernah melakukan permohonan BPR dan BKC, pendaftaran baharu bagi permohonan BKM juga boleh dilakukan melalui laman sesawang BKM yang sama.
Kelayakan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Siapakah yang layak menerima BKM? Anda layak menerima BKM sekiranya tergolong dalam kategori berikut:
Kategori | Pendapatan | Umur |
---|---|---|
Isi Rumah
|
RM5,000 dan ke bawah | Tiada had umur |
Warga emas tanpa pasangan
|
Rm5,000 dan ke bawah | 60 tahun dan ke atas |
Bujang | RM2,500 dan ke bawah | 21-59 tahun |
Jumlah Bayaran Asas BKM
Pemohon-pemohon yang berkelayakan akan diberikan bantuan asas tunai seperti yang tertera:
Kategori | Pendapatan | Bilangan Anak | ||
---|---|---|---|---|
0 | 1-2 | ≥ 3 | ||
Isi Rumah | ≤ 2,500 | 1,000 | 1,500 | 2,000 |
2,501 - 5,000 | 400 | 600 | 800 | |
Warga Emas | ≤ 5,000 | 600 | ||
Bujang | ≤ 2,500 | 350 |
Bayaran Tambahan BKM
Bagi isi rumah yang layak, mereka juga akan diberikan bantuan tambahan sebanyak RM300 atau RM500. Isi rumah yang layak menerima bantuan tambahan ialah ibu/bapa tunggal (RM500) dan warga emas (RM300).
Tarikh Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia
Buat masa ni masih belum ada maklumat berkenaan tarikh pembayaran. Namun bayaran dijangka bermula Mac, dan akan dilakukan secara berperingkat sebanyak empat kali sepanjang tahun seperti yang dilakukan pada bantuan-bantuan kewangan sebelum ni.
Kaedah Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia
Kaedah pembayaran BKM adalah sama seperti kaedah pembayaran BPR/BKC:
Status | Kaedah Bayaran |
---|---|
Berjaya Kredit | Kredit ke akaun bank seperti yang didaftarkan pada permohonan atau pengemaskinian BKM, ataupun pada akaun bank sedia ada (data BPR/BKC) jika tiada pengemaskinian dilakukan. |
Gagal Kredit | Tuntutan tunai di cawangan BSN |
Tiada Akaun Bank | Tuntutan tunai di cawangan BSN |
Bolehkah Penerima GKP Memohon BKM?
Berita gembira untuk #KeluargaMalaysia! Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang tidak diluluskan permohonan Bantuan...
Posted by Tengku Zafrul on Wednesday, November 24, 2021
Sebelum ni, permohonan BPR dan BKC bagi penerima GKP (Geran Khas Prihatin) tidak akan diluluskan. Bagaimana pula dengan BKM? Untuk Bantuan Keluarga Malaysia kali ini, permohonan penerima GKP yang layak akan dipertimbangkan.
Pendaftaran bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan bermula pada 1-31 Jan 2022 dijangka memanfaatkan 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion.
— Tengku Zafrul 🇲🇾 (@tzafrul_aziz) January 1, 2022
Maklumat lanjut boleh disemak di https://t.co/DwAD2XRsNb pic.twitter.com/sh9MyYrHnd
Jadi tunggu apa lagi, sesiapa yang layak boleh lakukan permohonan atau pengemaskinian di laman BKM sepanjang bulan Januari.
Semoga bantuan kewangan kali ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh rakyat Malaysia. Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan BKM, boleh ke laman sesawang Bajet 2022, atau muat turun dokumen FAQ BKM.
Post a Comment