Betul ke Kuetiau Sup Terbaik Melaka Ada di Warung Mi Sup Tengkera? Popia Pun Sedap

Kuetiau sup di Mi Sup Tengkera
Bukan sahaja Melaka terkenal dengan sejarahnya, negeri bersejarah ini juga terkenal dengan makanannya seperti asam pedas, ikan bakar, coconut shake, dan keria.

Di Warung Mi Sup Tengkera pula, bersebelahan je dengan Masjid Tengkera; kita boleh makan kuetiau sup yang sedap. Warung ni merupakan tempat wajib pergi setiap kali penulis ke Melaka.

Kuetiau, Mi, dan Bihun Sup Tengkera

Warung Mi Sup Tengkera
Selain daripada kuetiau, boleh juga pilih mi atau bihun. Rasa sup yang digunakan berbeza berbanding sup kuetiau theng penulis makan di Pulau Pinang walaupun warnanya hampir sama jernih.

Perbezaannya terletak pada rasa lada putih yang agak ketara pada sup di sini. Rasanya lebih hampir kepada sup wantan atau sup yong tau fu. Nampak mudah, tetapi cukup rasa.

Kuetiau sup dan kulit ayam di Mi Sup Tengkera
Dalam semangkuk kuetiau sup, ada potongan cili, sayur sawi, dan hirisan ayam. Istimewanya di sini, kita boleh pesan pedal atau kulit ayam goreng yang boleh dimakan bersama untuk menambahkan lagi rasa masin.

Popia Goreng dan Basah

Popia Basah dan Gorengn di Mi Sup Tengkera
Kalau datang ke sini, jangan lupa pesan popia. Popia di sini pun sedap walaupun penyediaan dan bahannya agak mudah. Boleh pilih popia jenis basah ataupun goreng.

Rasa sambalnya memang sedap. Penulis tak pasti rasa udang geragau yang penulis rasa datang dari isi popia ataupun sambal.

Tempat Parkir Terhad

Pelanggan dan Pekerja Mi Sup Tengkera
Tempat parkir di sini agak terhad, mungkin perlu parkir agak jauh pada waktu puncak. Mi Sup Tengkera dibuka sekitar 2:30 petang, mungkin boleh datang awal untuk lebih mudah dapatkan tapak parkir.


Kalau datang awal dan warung masih belum dibuka, bolehlah singgah di Masjid Tengkera. Rekaan dalaman masjid ni menarik juga.

azizinet00 | Hari3aku

Post a Comment

To Top