Soket Kuasa LDNIO SC3604: Saiz Soket 4-dalam-1, dan Pengecasan USB 17 Watt
Di era internet, manusia dan gajet berpisah tiada. Untuk memisahkan antara kehidupan peribadi dan pekerjaan, kadang-kadang kita terpaksa menggunakan lebih daripada satu telefon pintar.
Ini belum ditambah lagi dengan peranti-peranti lain seperti laptop dan tablet. Bayangkan berapa banyak pengecas atau adapter yang kita perlu gunakan untuk mengecas kesemua peranti tadi?
Paling tidak pun ketika melancong atau melakukan tugasan luar dari rumah kita perlukan perentas pemanjangan atau extension lead disebabkan oleh jumlah soket yang terhad.
LDNIO SC3604 Dengan Soket 4-dalam-1
Untuk tujuan tersebutlah kita perlukan soket kuasa seperti LDNIO SC3604 yang mempunyai tiga soket bersaiz 4-dalam-1 UK/US/AU/EU, dan enam soket USB. Ia juga dilengkapi dengan kabel sepanjang dua meter.
Dengan menggunakan LDNIO SC3604, kita cuma perlukan kabel USB untuk lakukan pengecasan telefon atau tablet, dan ia akan mengecas dengan jumlah arus (ampere, A) yang bersesuaian — antara 0.1 dan 3.4 A.
Pengecasan Pantas 17 Watt
LDNIO SC3604 juga mampu untuk melakukan pengecasan 17 Watt (15 V, 3.4 A), maksima melalui soket USB. Cukup untuk lakukan pengecasan pantas bagi telefon pintar, walaupun bukan untuk tablet.
Walaupun demikian, menurut penerangan yang diberikan pada kotak hanya satu peranti sahaja dibolehkan untuk pengecasan pantas (3.4 A) dalam satu masa.
Saiz, Berat, dan Harga
Saiznya tidaklah terlalu besar (16.2×9.7×3.8 cm3) untuk alat yang boleh mengecas sehingga sembilan peranti. Beratnya yang cuma 440 gram juga tidak terlalu membebankan untuk dibawa ke mana-mana.
LDNIO SC3604 boleh dibeli pada harga antara RM24 ke RM45 di Shopee. Boleh juga semak di laman Shopee rasmi LDNIO Malaysia.
Post a Comment