Caj RM1 Dikenakan Semula Bagi Pengeluaran Antara Bank atau MEPS di Mesin ATM: Ini Masanya Untuk "Go Cashless"
Photo by shayne_ch13 via Freepik
Masih ingat lagi waktu kita dicaj RM1 untuk keluarkan duit di mesin ATM menggunakan sistem MEPS? Kali terakhir caj RM1 dikenakan ialah 21 bulan yang lepas seiring dengan pelaksanaan PKP.
Bermula hari ini, 1 Februari 2021 pengguna akan dicaj semula sebanyak RM1 untuk penggunaan sistem MEPS. Jadi kalau nak elakkan dicaj, kena lah rajin-rajin cari mesin ATM bank yang kita gunakan.
Hal ni telah disahkan melalui pengumuman oleh beberapa bank utama seperti CIMB Bank dan Maybank menerusi laman sesawang dan platform media sosial mereka sejak disember yang lalu.
Menerima Respon Pelbagai
Photo by fanjianhua via Freepik
Keputusan ini, walaupun satu kebiasaan sebelum ni; mendapat maklum balas yang pelbagai daripada pengguna yang ramainya lebih selesa kalau caj tersebut dimansuhkan.
Mana tidaknya, dari pengalaman penulis, bank seperti Bank Islam dan Muamalat tidak mempunyai banyak mesin ATM. Kadang-kadang pengguna memang tiada pilihan selain daripada menggunakan MEPS.
Dari satu segi, caj RM1 boleh memandu pengguna ke arah perbelanjaan secara "cashless" menggunakan kad debit atau payWave. Namun, realitinya sedikit berbeza kerana masih banyak peniaga yang tidak menyediakan kemudahan tersebut.
Akibatnya pengguna atau pembeli masih perlu mengeluarkan tunai, dan caj tersebut menggalakkan mereka mengeluarkan tunai lebih banyak berbanding yang diperlukan — RM1 ialah 5% daripada RM20, 2% daripada RM50, dan 1% daripada RM100
Masanya Untuk "Go Cashless"
Photo by Markus Winkler via Unsplash
Apa yang kita perlu lakukan sekarang ni? Kemungkinan besar bank tak akan tarik semula keputusan mengenakan caj RM1 untuk pengeluaran antara bank. Jadi kita perlu amalkan perbelanjaan secara "cashless".
Peniaga boleh gunakan perkhidmatan e-Dompet seperti Touch n Go eWallet, ataupun kaedah pembayaran DuitNow QR bagi memudahkan transaksi perbankan. Dengan DuitNow QR, peniaga tak perlukan terminal pembayaran pun.
Penggunaan e-Dompet atau DuitNow QR sangat mudah dan berkos rendah, sangat sesuai untuk peniaga yang membuka gerai secara kecil-kecilan seperti di pasar malam dan pasar tani.
Mungkin ini masanya untuk penganjur pasar malam atau karnival mewajibkan setiap peniaga atau peserta menyediakan kaedah pembayaran tanpa tunai. Kalau bukan sekarang, bila lagi?
Post a Comment