Repeat Order: Kambing Buluh Addarowish 99 di Tikam Batu, Kedah

Hidangan kambing buluh Addarowish 99
Sebelum ni penulis pernah kongsikan tentang Kambing Buluh Addarowish 99. Selang setahun, warung yang terletak di kawasan Tikam Batu, Kedah ni masih menjadi tumpuan orang ramai yang ingin mencuba kambing buluh.

Laluan yang sempit dan kedudukannya yang berada di dalam kawasan perkampungan tak menghalang peminat kambing daripada datang mengunjung. Ini disaksikan sendiri penulis beberapa minggu yang lepas.

Sibuk di Hujung Minggu

Buluh yang sedang dibakar di Addarowish 99
Pelanggan dah mula datang ke sini seawal 12 tengah hari. Disebabkan warung ditutup pada pukul 5 petang, penulis jangkakan keadaan akan menjadi lebih sibuk selepas 1 petang pada hujung minggu.

Harga bagi set buluh masih sama. Harga set kambing, lembu, dan ayam buluh masing-masing ialah RM30, RM25, dan RM20. Setiap set datang bersama nasi putih, sambal tempe ikan bilis, ulam, sambal belacan, dan sos lada hitam.

Menu Kambing Buluh Addarowish 99
Mereka masih menggunakan menu dan harga yang sama sejak daripada awal 2021. Boleh komen di bawah kalau ada menu baharu yang penulis tak perasan.

Masih Mengekalkan Kualiti

Hidangan set kambing dan ayam buluh
Rasa macam daging kali ini lebih lembut berbanding sebelum ni. Sambal tempe ikan bilis juga masih sedap, dan portion setiap set boleh dimakan oleh 2 ke 3 orang. Boleh juga tambah sambal tempe, hanya RM1.

Jangan lupa makan ulam, ulam yang disediakan sangat segar dan rangup. Mungkin lebih sedap kalau dimakan bersama ikan gelama masam (RM1 seekor).

Gerai Makanan Lain

Sepinggan cendawan goreng tepung
Ada beberapa gerai makanan yang dibuka bersebelahan dengan tempat makan. Bolehlah dapatkan hidangan sampingan seperti fries, cendawan goreng tepung, dan dim sum halal Cik Nor.

Deretan gerai bersebelahan kambing buluh addarowish 99
Kali terakhir penulis ke sini, pada Januari 2021 belum ada lagi gerai-gerai ni. Elok juga, bolehlah pelanggan makan makanan lain juga selain daripada kambing buluh.

Dim Sum Cik Nor sedap juga, tak cukup sebiji dua, mesti nak lebih. Cendawan goreng pula sedap dimakan ketika panas dan rangup, kalau nak makan dengan nasi pun boleh.

Sebelum balik jangan lupa juga bungkus satar yang boleh dibeli dari deretan gerai tadi. Selain satar ikan, satar daging pun ada.

azizinet00 | Hari3aku

Post a Comment

To Top