Maharaja Lawak Mega 2021: 11 Kumpulan, 4 Juri Terkenal, 1 Juri Misteri. Siapakah Sang Bara?

Maharaja Lawak Mega 2021
Maharaja Lawak Mega (MLM) kembali lagi untuk tahun 2021 dengan tema "Aura Baharu, Lawak Terpadu" selepas direhatkan lebih dari setahun akibat daripada pandemik Covid-19.

Kali terakhir Maharaja Lawak Mega berlangsung secara siaran langsung adalah pada Januari 2020 untuk MLM musim 2019 yang telah dimenangi oleh Ali, Mamak, dan Man dari kumpulan Puteh.

Maharaja Lawak Mega 2021 boleh ditonton secara siaran langsung pada setiap hari Jumaat, 9 malam di Astro Warna.

Senarai Ahli Kumpulan Maharaja Lawak Mega 2021

Maharaja Lawak Mega 2021 yang diacarakan oleh Dato AC Mizal melibatkan penyertaan 11 kumpulan pelawak, tiada penyertaan solo. Butiran 11 kumpulan tersebut, dengan yang tersingkir diwarnakan merah; adalah seperti berikut:

Kumpulan Peserta
3Otak Farid Azmier
Phoon Chi Ho
Prakash Daniel
Bahye (4th) Nizan Jentik-jentik
Shashic
Zahid AF
Boro (3rd) Achey
Atu Zero
Fad
Cawan Aliff Yasraf
Che Mat Raja Lawak
Wan Gegau
Ori Abu Mamu
Achok
Hamdan Senario
Otai Achong Sweetchild
Azlee Senario
Ieda Moin
Puteh (2nd) Ali Puteh
Mamak Puteh
Vicha Saywho
R&R Rahim Sepahtu
Man
Taici Chiwan
Ilham
Tapai Kiut
Tiro (1st) Danial Zaini
Sharif Zero
Syaiful Zero
Tobat (5th) Bell Ngasri
Ropie
Shuk Sahar
Selain daripada Atu Zero yang tidak lagi bersama dengan Shaif dan Syaiful, MLM 2021 juga disertai kumpulan yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, dan India (3Otak), dan juga kumpulan yang mempunyai seorang peserta dengan masalah pertuturan (Bahye).

Empat Juri Terkenal

Seperti yang kita tahu, Maharaja Lawak Mega merupakan medan persaingan untuk pelawak-pelawak yang berpengalaman contohnya seperti Bell Ngasri, Achey, Rahim Sepahtu, dan Ali Puteh.

Jadi, penonton dan juga empat barisan juri tetap yang terdiri daripada Dato' Rosyam Nor, Diana Danielle, Noh Salleh, dan Uqasha Senrose mengharapkan lawak yang terbaik, sihat, dan bermanfaat daripada kesemua peserta.

Siapa Sang Bara?

Selain daripada keempat-empat juri tadi, peserta MLM 2021 juga akan diadili oleh seorang juri misteri tetap bernama Sang Bara yang identitinya disembunyikan disebalik patung seekor naga.

Agak-agak siapa ye juri disebalik sang bara? Ramai juga yang teka Ramli MS disebabkan persamaan pada suara dan gaya dalam mengeluarkan komen.

Sistem Pemarkahan Baharu

Antara kelainan lain yang ada pada MLM 2021 ialah sistem pemarkahan. Markah setiap kumpulan tidak lagi ditentukan oleh hanya seorang juri yang akan memberikan antara 0 ke 5 "HA". Di MLM 2021, markah akan diberikan oleh setiap juri — samada 0 atau 1 "HA".

Untuk minggu pertama ni, penulis rasa biasa-biasa je, punchline kurang, dan barisan juri pun agak serius dalam memberikan komen.

Mana satu kumpulan pilihan korang yang bakal menjuarai MLM 2021? Jangan lupa mengundi secara dalam talian di laman Astro Gempak Maharaja Lawak Mega 2021. Pemenang akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500,000.

azizinet00 | Hari3aku

Post a Comment

To Top