Instagram: Kini Dengan Fungsi Untuk Memuat Naik Gambar dan Video Dari Desktop
Kali pertama Instagram dilancarkan adalah pada tahun 2010. Dua tahun kemudian, pada April 2012 aplikasi tersebut telah diperoleh oleh Facebook dengan harga 1 bilion USD.
Walaupun selepas 10 tahun pelancaran, Instagram masih tidak membenarkan pengguna untuk memuat naik sebarang gambar atau video melalui laman sesawangnya menggunakan pelayar web.
Selama ini, sebarang muat naik perlu dilakukan melalui aplikasi. Tetapi, bermula 22 Oktober 2021 pengguna desktop khususnya sudah boleh memuat naik gambar atau video tanpa menggunakan aplikasi.
We’re excited to finally launch this feature. 😊✨
— Instagram (@instagram) October 21, 2021
You can now post photos and videos (under one minute) in a 💻desktop💻 browser directly to Instagram. pic.twitter.com/5cNR7DumAf
Perkara ini disahkan sendiri oleh Instagram menerusi ciapannya di Twitter. Ini merupakan salah satu daripada beberapa ciri atau fungsi baharu pada Instagram yang diumumkan pada minggu yang sama.
Untuk memuat naik menggunakan pelayar web, hanya perlu ke laman Instagram kemudian tekan ikon "+", di antara ikon "inbox" dan "explore" pada bar navigasi di bahagian atas laman Instagram.
Penulis, sebagai pengguna desktop lebih selesa memuat naik menggunakan desktop berbanding telefon pintar. Walaupun bukan pengguna tegar, penulis masih menyambut baik ciri terbaharu dari Instagram ini.
Apa lagi ciri-ciri yang pengguna desktop mahukan dari Instagram? Boleh kongsikan di bawah.
Post a Comment