IKEA × ROG: IKEA Malaysia Tawarkan Koleksi Perabot dan Aksesori Gaming Bermula 11 November 2021

Photo by IKEA

Makanan yang lazat, dan perabot dengan reka bentuk estetika yang tahan lasak, kedua-duanya kita boleh dapatkan di IKEA. Bahkan, IKEA sememangnya terkenal di Malaysia bukan sahaja untuk perabotnya, tetapi juga untuk bebola dagingnya.

Klik sini untuk tengok makanan-makanan yang penulis pernah cuba di IKEA.

Perabot rekaan IKEA selalunya bersifat minimalistik, praktikal, dan berestetika. Tidak pelik apabila syarikat perabot dari Sweden ini mendapat kepercayaan ramai yang hendak menghias dalaman rumah mereka.

Benar, IKEA bukanlah sebuah jenama yang terkenal sebagai pereka perabot permainan atau gaming. Namun, ini bakal berubah dengan kerjasama antara IKEA dan ASUS Republic of Gamers (ROG).

Melalui kerjasama atau kolaborasi ini, IKEA dan ROG akan memperkenalkan pelbagai perabot bertemakan gaming seperti kerusi, meja, dan aksesori-aksesori lain seperti pemegang cawan, pad tetikus, dan lampu cincin.

Menurut IKEA, perabot-perabot berasaskan gaming ini akan mula ditawarkan di semua cawangan IKEA Malaysia bermula 11 November 2021. Jadi, gamer-gamer di luar sana tangguhkan dulu hasrat membeli perabot buat masa ni.

Photo by IKEA

Tiada maklumat berkaitan harga buat masa sekarang. Tetapi, di Cina satu kerusi HUVUDSPELARE dan MATCHSPEL masing-masing dijual pada harga ¥299 dan ¥999. Di Kanada pula, kerusi yang sama masing-masing dijual pada harga $69 dan $269.

Kebetulan penulis ada bercadang untuk tukar kerusi penulis yang dah mula rosak ni, mungkin penulis akan tinjau dulu harga kerusi HUVUDSPELARE pada 11 November nanti.

azizinet00 | Hari3aku

Post a Comment

To Top