Cawangan Pertama Five Guys di Sky Avenue, Genting Highland Kini Dibuka. Cawangan Pavilion KL Coming Soon
Original photo taken from Five Guys
Five Guys, sebuah restoran fast food terkemuka dari Amerika Syarikat telah membuka cawangan pertamanya di Malaysia yang bertempat di Sky Avenue, Genting Highland pada 25 Oktober 2021.
Bagi siapa yang belum mengenali Five Guys, restoran ini terkenal dengan fries yang dibuat segar, dan burgernya yang juicy, selalunya dipadankan bersama milkshake dengan 8 jenis pilihan "mix-ins".
15 Pilihan Topping untuk Burger
Setiap burger juga mempunyai 15 jenis topping yang boleh dipilih dan dipadankan secara percuma. Tetapi, untuk mengelakkan rasa burger menjadi cacamarba, dinasihatkan untuk memilih hanya beberapa topping.
Antara topping yang ada selain salad lettuce, tomato dan bawang ialah cendawan gril, bawang gril, cili jalapeno, A1 Steak Sauce, Bar-B-Que Sauce.
Status Halal Five Guys Malaysia
Buat masa sekarang, Five Guys masih belum memiliki sijil halal dari badan pensijilan halal Jakim. Namun, menurut Five Guys restoran mereka berstatus "pork-free", "lard-free", "alcohol-free", dan menggunakan daging dan sos yang disahkan halal.
Penulis harap Five Guys sudah mulakan proses permohonan sijil halal dari Jakim, sama seperti Taco Bell sewaktu pembukaan cawangan pertamanya di Cyberjaya. Proses mendapatkan sijil halal kebiasaanya memakan masa antara 1 bulan sehingga 2 tahun.
Tempat Tinggi Harga Tinggi
Untuk cawangan pertama di Tanah Tinggi Genting, harga makanannya boleh tahan tinggi juga. Menurut pelanggan yang pernah ke sana, harga burger ialah RM35, regular fries dan milkshake pula RM25.
Mungkin disebabkan lokasinya di Genting Highland, air mineral pun dijual pada harga yang lebih mahal. Bukan di Genting sahaja, di Sydney, Australia juga pelanggan memberikan komen yang sama tentang harga burger Five Guys yang mahal.
Cawangan Pavilion KL
Mungkin kita perlu tunggu sehingga cawangan di Pavilion KL dibuka untuk dapatkan Five Guys pada harga yang lebih murah berbanding di Genting. Tarikh pembukaan masih belum didedahkan.
Bagi penulis, harga yang rasional untuk Five Guys adalah dalam lingkungan harga jualan di Carls Jr, juga sebuah restoran fast food yang berasal dari Amerika Syarikat.
Lebih mahal daripada itu, mungkin agak susah untuk Five Guys kembangkan perniagaan mereka ke lebih banyak cawangan.
Sesiapa yang nak cuba Five Guys sekarang, boleh ke Lot SA-T2A-25, SkyAvenue, 69000 Genting Highland, Pahang. Dibuka setiap hari dari 11 pagi ke 10 malam. Penulis pula, mungkin akan tunggu sehingga cawangan Pavilion KL dibuka.
Post a Comment