10,000 Unit Sambal Nyet Berapi Habis Dijual Dalam Masa Hanya 3 Minit

Photo by khairulaming from Twitter

Bermula pandemik Covid-19, ramai yang kehilangan kerja dan mula mencari pendapatan alternatif. Dalam setahun setengah ni, penulis nampak banyak produk-produk berasaskan makanan mula terjual secara dalam talian.

Salah satunya ialah Sambal Nyet Berapi dari Khairul Aming. Dari awal tahun 2021, sehingga sekarang penulis masih tak berpeluang untuk cuba sendiri apa yang membuatkan Sambal Nyet Khairul Aming ni begitu laris

Boleh dikatakan hampir semua orang yang sudah beli dan cuba Sambal Nyet memberikan reaksi dan maklum balas yang sangat positif. Rating jualan sambal tersebut di Shopee juga 5/5.

Walaupun ada yang memberikan maklum balas 1 sehingga 4 bintang, sangatlah sedikit (dalam 3 ribu) jika dibandingkan dengan 125.7 ribu orang yang memberikan 5 bintang

Dalam tempoh 10 bulan ni, ada juga peniaga lain yang cuba untuk menumpang populariti Sambal Nyet dengan menjual Sambal Nyet tiruan di Shopee. Contohnya kes seorang peniaga yang mengaku sebagai reseller Sambal Nyet pada April lepas

Terbaharu, pada tengah hari 10 Oktober, sebanyak 10,000 unit Sambal Nyet telah habis dijual dalam masa 3 minit. Jauh lebih cepat berbanding Januari lalu di mana 10,000 unit habis dijual dalam masa 1 jam.

Kalau dengar saja rasa susah nak percaya, tetapi selepas tengok video yang Khairul Aming sendiri muat naik memang rasa kagum dengan pencapaian beliau.

Sama ada populariti Sambal Nyet adalah pada rasanya yang sedap, atau semata-mata disebabkan oleh populariti Khairul Aming, penulis tak pasti. Harinya akan tiba, penulis akan cuba juga Sambal Nyet ni.

Boleh dapatkan Sambal Nyet Berapi di laman Shopee rasmi khairulamingbrand. Memang susah nak dapatkan Sambal Nyet pada harga original RM13.90, selalu sold out.

Untuk maklumat terbaharu berkenaan Sambal Nyet atau Khairul Aming sendiri, boleh ke laman Instagram Khairul Aming.

Populariti Khairul Aming, atau Khairul Amin Kamarulzaman; bermula dari Instagram di mana beliau mula berkongsi resepi-resepi masakan dengan cara yang amat bersahaja. Dalam 5 tahun, Khairul Aming berjaya mengumpulkan 3.2 juta pengikut di Instagram.

azizinet00 | Hari3aku

Post a Comment

To Top