[Promosi Tamat] Sudah Lengkap Vaksinasi? Jom Tuntut dan Tebus Promosi Beli 1 Percuma 1 Snack Plate dari KFC

Ayam goreng KFC sering dijadikan penanda aras dalam menilai ayam goreng. Apabila makan ayam goreng, selalunya kita akan bandingkan dengan KFC — kurang, sama, atau lebih sedap berbanding KFC
"Kerana sokongan anda, kami sudah memberikan sebanyak 580,000 hidangan Snack Plate dan promosi ini tamat lebih awal dari yang dijangkakan!" - KFC Malaysia
Jadi tak peliklah bila kita fikirkan ayam, terutamanya ayam goreng; kita akan fikirkan KFC. Tetapi tahu tak apa yang lebih baik daripada ayam goreng KFC? Ayam goreng KFC percuma!

Selang sebulan selepas KFC adakan promosi dua snack plate untuk RM20. KFC datang lagi dengan sebuah promosi khas untuk rakyat Malaysia yang sudah lengkap divaksinasi.

Kali ni KFC akan berikan satu snack plate secara percuma untuk satu pembelian snack plate — beli 1 percuma 1. Boleh dapatkan promosi ni daripada laman web kfc.com.my/vaksin sebelum 16 Oktober 2021.

Selain daripada lengkap dos vaksin, kita juga perlu menunggu untuk dapatkan promosi tersebut. Penulis contohnya, perlu menunggu hampir sejam untuk dapatkan promosi tersebut.

Sementara menunggu, pastikan laman web promosi tadi kekal dibuka. Setelah selesai menunggu, kita akan diminta untuk meletakkan nama penuh mengikut IC, dan memuat naik gambar sijil vaksinasi seperti yang terpapar pada aplikasi MySejahtera.

Kita juga diminta untuk memilih antara "Delivery" dan "Self Collect". Buat pilihan dengan tepat dan berhati-hati sebab kita takkan dibenarkan untuk ubah dari satu kaedah pembelian ke satu lagi

Tuntutan promosi dihadkan untuk setiap hari, jadi kalau tuntutan sudah penuh untuk hari ni boleh cuba lagi selepas 10 pagi esoknya. Setiap orang juga dihadkan kepada hanya satu tuntutan.

Selepas tuntutan dilakukan, kita akan diberikan e-baucar yang perlu ditebus dalam masa 30 hari. E-Baucar tersebut boleh digunakan untuk menebus promosi apabila membeli secara dalam talian.

Tiada pembayaran perlu dilakukan untuk dapatkan e-Baucar. Pembayaran hanya perlu dilakukan untuk 1 snack plate ketika menebus dan membeli dari aplikasi atau laman web KFC, di mana kita akan diberikan satu lagi snack plate secara percuma

Bilangan penebusan baucar juga dihadkan pada setiap hari, jadi buatlah penebusan secepat yang mungkin ok, bukannya pada saat-saat akhir sebelum tempoh baucar hampir tamat.

Apa tunggu lagi, kalau dah lengkap dos vaksin jangan lupa tuntut dan tebus promosi daripada KFC ni. Promosi hanya boleh dituntut dan ditebus secara dalam talian. Untuk maklumat lanjut berkaitan promosi beli 1 percuma 1 snack plate ni, boleh layari laman FAQ ni.

azizinet00 | Hari3aku

Post a Comment

To Top