FamilyMart Perkenalkan Mesin Layan Diri, Smart Kiosk FamilyMart Mini

Jepun bukan sahaja terkenal dengan budaya mereka yang berdisiplin dan bersih, negara matahari terbit ini juga dikenali dengan makanannya seperti sushi, mochi, onigiri, dan ramen.

Namun, ada satu lagi perkara yang menarik di Jepun, kepelbagaian mesin layan diri. Di Jepun, kita boleh lihat satu kawasan yang dipenuhi dengan mesin layan diri yang menjual pelbagai jenis makanan, minuman dan snek.

Walaupun kita juga ada mesin layan diri di Malaysia, tetapi selalunya mesin-mesin di sini hanya menjual air atau snek, jarang sekali menjual makanan seperti sandwich, roti, atau pencuci mulut.

Photo by FamilyMart from Facebook

Mungkin kekusaman pada trend mesin gedegang di Malaysia akan berubah selepas FamilyMart memperkenalkan kiosk layan diri mereka yang pertama, FamilyMart Mini. Kalau korang sukakan makanan dari FamilyMart, korang akan jatuh cinta dengan FamilyMart Mini

Buat masa ni, hanya ada satu FamilyMart Mini dibuka sebagai ujian rintis di Shell Karak Highway 2. Kalau cukup permintaan, mungkin lebih banyak lagi FamilyMart Mini akan menyusul.

Photo by FamilyMart from Facebook

Kita boleh dapatkan makanan dan minuman kegemaran yang asalnya terdapat di FamilyMart di FamilyMart Mini. Ini termasuklah onigiri, sandwich, roti, kek, dan pencuci mulut seperti puding.

Dari pemerhatian penulis, mungkin atas faktor saiz, makanan dengan bungkusan yang lebih besar seperti bento dan salad tidak dijual di FamilyMart Mini. Mungkin juga FamilyMart hanya letakkan produk yang berpermintaan tinggi.

Mesin layan diri FamilyMart Mini, dari apa yang penulis tahu; hanya menerima bayaran tanpa tunai. Bayaran boleh dilakukan menggunakan kad kredit, kad debit, atau eWallet seperti Touch n Go eWallet, GrabPay dan Boost.

Photo by FamilyMart from Facebook

Bagi penulis, ini merupakan strategi yang bagus dari pihak FamilyMart. Dengan kos yang jauh lebih rendah daripada membuka stor, FamilyMart dapat meluaskan pasaran produk mereka ke kawasan yang padat dengan pelanggan berpotensi seperti di kilang, pejabat, dan universiti.

Agak-agak masih boleh dapatkan diskaun 25% untuk makanan yang dibeli pada tarikh "best before" tak? Penulis harap boleh dapatkan onigiri kegemaran penulis seperti "Salmon Cream Cheese" dan "Unagi".

Sesiapa dalam perjalanan ke pantai timur melalui Karak, bolehlah singgah di Shell Karak Highway 2 sebelum sampai Plaza Tol Gombak untuk beli produk dari FamilyMart.

azizinet00 | Hari3aku

Post a Comment

To Top