Bamboos Thai Cafe: Restoran Masakan Thai yang Murah di Prima Sri Gombak

Di Sri Gombak, Selangor ada satu restoran masakan Thai yang menyediakan masakan pada harga yang berpatutan. Kalau nak dibandingkan dengan restoran Sri Pinang di Shah Alam, di sini jauh lebih murah.

Siapa yang pernah ke kawasan Prima Sri Gombak, mesti tahu ada banyak tempat makan menarik di sini. Salah satunya ialah Restoran Bamboos Thai Cafe yang terletak bersebelahan dengan Tealive Sri Gombak.

Selain daripada tomyam, di sini juga ada masakan yang kita jarang dapat di "kedai tomyam" yang pada asasnya juga menyediakan masakan siam, contohnya seperti ayam masak lemon dan tauhu sizzling.

Di sini juga ada sediakan menu secara set untuk dua orang sehingga sepuluh orang. Untuk penulis dengan keluarga, set untuk lima orang pun dah cukup. Harga untuk set 4 ke 5 orang ialah RM98 tidak termasuk air dan nasi.

Walaupun dah ada masakan ditetapkan untuk setiap set, kita masih boleh minta untuk tukar menu yang ada. Contohnya penulis tukar "Salt Pepper Chicken" dengan ayam masak lemon. Harga pun mungkin berubah kalau kita tukar ke menu yang lebih mahal.

Disebabkan penulis pergi pada waktu puasa, kurma diberikan secara percuma. Untuk minuman penulis pesan ais kosong satu jag, lebih sihat dan jimat.

Untuk set yang penulis pilih dan olah tadi, penulis dapat sepinggan telur dadar, kangkung belacan, tauhu sizzling, ayam masak lemon, semangkuk tomyam, dan seekor ikan siakap kuah nyonya.

Dari segi rasa, penulis tak ada masalah dengan semua lauk tadi kecuali tomyam. Penulis tak tahu tomyam jenis apa sebenarnya, tetapi tomyam yang penulis dapat ad rasa kimchi dan pudina.

Tauhu sizzling di restoran Bamboos Thai Cafe pula dihiasi daun bawang dan cili. Ia juga dimasak dengan telur, dan mempunyai banyak cebisan ayam. Walaupun tak setanding tauhu sizzling Sri Pinang, bagi penulis tetap sedap.

Dari kesemua lauk yang penulis cuba, penulis suka kuah ikan siakap. Ini pertama kali penulis makan ikan siakap dengan kuah nyonya, selalunya makan masak tiga rasa dan kukus limau je.

Termasuk nasi dan ais kosong satu jag, semuanya RM108. Bagi penulis memang berbaloi untuk restoran masakan thai. Cume untuk harga RM98 satu set dengan ikan siakap tak peliklah kalau ikannya tak besar, dalam 700 ke 800 gram je.

Kalau ada di sekitar Sri Gombak boleh la cuba makan di sini, ada banyak lagi menu menarik. Ruang makan di bahagian dalam restoran nampak lebih selesa berbanding luar, keadaan restoran juga bersih dan teratur.

Post a Comment

To Top