Roboadvisor: Melabur RM1000 dengan Penasihat Kewangan Digital Raiz dan Wahed Invest

Wahed Invest dan Raiz

Pelaburan adalah satu persediaan dari segi kewangan untuk masa hadapan. Walaupun sebagai orang kebiasaan yang tiada pengetahuan dalam bidang kewangan atau ekonomi, pelaburan tidak seharusnya menjadi perkara yang rumit.

Dengan roboadvisor, atau penasihat kewangan digital; pelaburan adalah semudah menekan skrin telefon pintar. Berbekalkan modal dan internet, segala urusan pelaburan akan diuruskan secara automatik di belakang tabir.


Apa itu roboadvisor?

Roboadvisor, atau penasihat kewangan digital; merupakan sebuah platform digital yang membekalkan perkhidmatan pengurusan pelaburan secara automatik menggunakan algoritma perkomputeran. Dengan pekhidmatan ini, pelaburan — selalunya — diurus tanpa pemantauan atau campur tangan manusia.

Antara penasihat kewangan digital yang penulis cuba ialah Raiz dan Wahed Invest. Kedua-dua syarikat kewangan ini menyediakan perkhidmatan pelaburan dengan portfolio yang berbeza kepada pengguna Malaysia. 


Raiz

Syarikat kewangan ini berasal dari Australia. Sehingga 2021, Raiz beroperasi di Australia, Indonesia, dan Malaysia. Di Malaysia khususnya, usaha sama antara Raiz Invest dan Jewel Digital Ventures Sdn Bhd, sebuah anak syarikat PNB pada tahun 2020 telah memperkenalkan aplikasi dan perkhidmatan Raiz kepada rakyat Malaysia.

Pelaburan yang diuruskan Raiz akan dilaburkan dalam dana-dana unit amanah yang diuruskan Amanah Saham Nasional berhad, ASNB seperti dana ASN Equity 3, ASN Imbang 2, dan ASN Sara 1. Pembahagian pelaburan untuk setiap dana bergantung pada portfolio yang dipilih.


Portfolio Pembahagian Dana
Conservative ASN Equity 3 (20%)
ASN Sara 1 (80%)
Moderate ASN Imbang 2 (100%)
Aggresive ASN Equity 3 (80%)
ASN Sara 1 (20%)

Akaun Raiz boleh diakses menggunakan laman sesawang dan aplikasi. Antaramuka pengguna (UI) pada laman sesawang dan aplikasi Raiz juga amat kemas dan mudah digunakan. Namun, bagi penulis kekurangan Raiz adalah pada jenis pelaburan yang terlibat. Sehingga April 2021, pelaburan yang diuruskan Raiz hanya melibatkan dana unit amanah seperti ASN Equity 3, ASN Sara 1, dan ASN Imbang 2

Yuran Raiz

  • RM1.50 sebulan untuk akaun dengan dana kurang dari RM6000
  • 0.025% sebulan untuk akaun dengan dana melebihi RM6000
  • Tiada yuran dikenakan untuk kemasukan dan pengeluaran dana

Kelebihan Raiz

  • Boleh diakses melalui aplikasi dan laman sesawang
  • Pengeluaran hanya mengambil masa sehingga 5 hari bekerja
  • Pelaburan hanya memerlukan dana sekurang-kurangnya RM5
  • Deposit minimum RM5

Kekurangan Raiz

  • Pelaburan terhad kepada unit amanah yang diuruskan ASNB

Berminat dengan Raiz? Boleh lakukan pendaftaran melalui pautan ini untuk dapatkan bonus RM5 selepas selesai memasukkan dana sekurang-kurangnya RM5 ke dalam akaun.


Wahed Invest

Perkhidmatan ini diuruskan oleh Wahed, sebuah syarikat kewangan yang berpusat di Amerika Syarikat. Wahed memperkenalkan platform penasihat kewangan digital patuh syariah pada tahun 2017, dan mula memasuki pasaran Malaysia pada penghujung 2019. Wahed invest juga merupakan penasihat kewangan digital ketiga yang memasuki pasaran Malaysia selepas StashAway dan myTHEO

Berikut merupakan pembahagian dana mengikut portfolio yang disediakan oleh Wahed invest:


Portfolio Pembahagian Dana
Gold Gold (97.50%)
Cash (2.50%)
Very Conservative Sukuk (90%)
Cash (10%)
Moderately Conservative Sukuk (75%)
US Stocks (12.50%)
Gold (5%)
Malaysian Stocks (5%)
Cash (2.5%)
Moderate Sukuk (55%)
US Stocks (22.50%)
Malaysian Stocks (12.5%)
Gold (7.5%)
Cash (2.5%)
Moderately Aggressive US Stocks (37.50%)
Sukuk (35%)
Malaysian Stocks (15%)
Gold (10%)
Cash (2.5%)
Aggressive US Stocks (45%)
Sukuk (25%)
Malaysian Stocks (17.50%)
Gold (10%)
Cash (2.5%)
Very Aggressive US Stocks (65%)
Malaysian Stocks (20%)
Sukuk (12.50%)
Cash (2.5%)

Sehingga April 2021, pengguna Wahed Invest dari Malaysia hanya boleh mengakses akaun melalui aplikasi Wahed Invest. Bagi penulis, aplikasi Wahed invest sedikit mengelirukan dan kurang intuitif bagi pengguna kali pertama. Namun, kelebihan Wahed Invest terletak pada kepelbagaian produk pelaburan yang tidak hanya terhad kepada unit amanah, malah sebahagian besar dana juga dilaburkan ke pasaran Amerika Syarikat.

Yuran Wahed Invest

  • 0.79% Setahun untuk akaun dengan dana di bawah RM500,000
  • 0.39% Setahun untuk akaun dengan dana melebihi RM500,000
  • RM2.50 sebulan atau 0.39%-0.79% setahun untuk sebarang portfolio tambahan
  • Tiada yuran dikenakan untuk kemasukan atau pengeluaran dana

Kelebihan Wahed Invest

  • Pelaburan patuh syariah
  • Pelaburan dalam pasaran saham Amerika Syarikat
  • Ada 7 pilihan portfolio

Kekurangan Wahed Invest

  • Tidak boleh diakses dari laman sesawang (Sehingga April 2021)
  • Pengeluaran mengambil masa sehingga 8 hari bekerja
  • Pelaburan memerlukan dana sekurang-kurangnya RM100
  • Deposit minimum RM100

Berminat dengan Wahed Invest? Boleh ke pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Wahed invest. Jangan lupa gunakan kod rujukan (referral code) "aziros5" ketika melakukan pendaftaran pada aplikasi Wahed Invest untuk dapatkan bonus sebanyak $2.5 selepas sebulan melakukan pelaburan bernilai sekurang-kurangnya RM100 di Wahed invest.


Raiz atau Wahed Invest?

Kalau mahukan pelaburan dalam unit amanah atau amanah saham, boleh gunakan Raiz. Kalau mahukan pelaburan yang lebih diyakini patuh syariah, atau mahukan pendedahan dalam pasaran saham Amerika Syarikat, boleh gunakan Wahed Invest.

Penulis pula mahukan pelaburan dalam pasaran saham tempatan dan juga antarabangsa, jadi penulis laburkan RM1000 ke dalam Raiz dan Wahed Invest sebagai permulaan. Penulis memilih portfolio yang paling agresif untuk kedua-dua platform. Selepas 6 bulan penulis akan tulis satu artikel untuk ceritakan prestasi kedua-dua penasihat kewangan digital ni.


Melabur dengan Bijak

Ingat, portfolio yang lebih agresif boleh memberikan pulangan yang lebih tinggi tetapi ia juga lebih berisiko untuk pelaburan jangka pendek. Tidak ada pelaburan yang sentiasa untung, untung rugi adalah lumrah dalam pelaburan, yang lebih penting ialah bagaimana cara kita menguruskan kerugian dan keuntungan.

Walaupun kita tak perlu fikir semua tu secara perinci bila gunakan penasihat kewangan digital seperti Raiz dan Wahed Invest, kita masih perlu ingat, "a program is just as good as its programmer", jadi risiko kerugian sentiasa ada.

Post a Comment

To Top