Sushi King Bonanza Julai 2020. Wajib Cuba Premium Sanma Nigiri dan Japanese Iwashi

Premium Sanma Nigiri di Sushi King
Sushi King Bonanza datang lagi untuk bulan Julai 2020. Setiap tahun, Sushi King akan adakan bonanza sebanyak 2 atau 3 kali. Sewaktu bonanza, semua ahli Sushi King akan dapat menikmati pelbagai pilihan sushi pada satu harga tetap yang lebih murah.

Semua sushi pada harga RM3.18 termasuk cukai perkhidmatan, kalau korang tak rasa teruja, korang bukan peminat tegar makanan jepun. Makanan Jepun di Malaysia bukannya murah, sushi di Aeon pun paling murah dalam RM1 ke RM1.50 sebiji.

Yang lebih menarik lagi, bonanza kali ini berlangsung selama seminggu. Maksudnya kita ada lebih tiga hari untuk menikmati bonanza berbanding bonanza sebelum ni yang hanya berlangsung selama empat hari.

Sushi King Setia City Mall
Untuk bonanza kali ini, penulis pergi ke cawangan Sushi King di Setia City Mall, Setia Alam. Pastikan korang dah daftar keahlian melalui aplikasi Sushi King.

Setiap kali bonanza akan diperkenalkan beberapa menu yang istimewa, contohnya seperti hokkigai nigiri, spicy beef yakiniku, dan gyu nigiri. Jadi tujuan utama penulis setiap kali ke bonanza adalah untuk cuba menu-menu baru yang akan dijual pada harga yang lebih mahal nanti, dan mungkin juga 'limited edition'.

Sushi King Bonanza Julai 2020
Antara menu istimewa kali ini ialah beef burg nigiri, salted egg salmon skin, dan spicy gyu maki. Dua lagi menu istimewa yang, pada pendapat penulis; korang kena cuba ialah premium sanma nigiri dan premium japanese iwashi.

Sanma, atau saura ialah sejenis ikan laut yang juga dikenali sebagai saury Pasifik, dan jarang, sukar, atau mungkin juga tak pernah kita jumpa dijual di Malaysia. Iwashi pula ialah sejenis ikan sardin dari Jepun.

Sushi King Premium Japanese Iwashi
Apa yang buatkan penulis suka kedua-dua menu tadi bukannya pada jenis ikan yang digunakan -- sebab penulis lebih sukakan salmon dan unagi, tetapi disebabkan oleh sos (seperti yang digunakan pada unagi) dan saiz bahagian ikan yang digunakan. Bagi penulis saiznya besar, cuba sekali pun dah rasa cukup.

Sushi King Ebi Fry
Penulis tahu, korang kalau pergi bonanza mesti sebab nak makan ebi fry atau ebi ten yang kebiasaannya berharga RM6.36 sepiring. Tetapi, selain daripada dua sushi yang penulis rekomen tadi, korang kena cuba juga salmon kama.

Sushi King Salmon Kama
Salmon kama merupakan bahagian ikan salmon yang berdekatan dengan insang. Bahagian ni memang berlemak dan berminyak, tak ramai tahu betapa sedapnya bahagian ni sebab bahagian ni bertulang dan agak renyah untuk orang cuba.

Sushi King 12 Piring Bonanza
Memang puas hati, sama macam bonanza-bonanza sebelum ni. Walaupun masa yang diberikan hanya 45 minit, bagi penulis lebih dari cukup. Jumlah piring untuk kali ni ialah 12 piring, not bad.

Dari hari penulis tulis blog ni, masih ada 5 hari lagi sebelum bonanza tamat. Nak pergi lagi ke? Tak kut, bagilah peluang ke orang lain pula, cukuplah hanya sekali. Tunggu bonanza akan datang pula.

Artikel Berkaitan:

Post a Comment

To Top