Sedapnya Onigiri di FamilyMart. Bertambah Sedap dengan Diskaun 25% Untuk Barang Terpilih yang Dibeli pada Tarikh 'Best Before'

FamilyMart Onigiri Ebiko Mayo dan Salmon Cream Cheese
Waktu ke Shah Alam baru ni penulis telah ambil kesempatan untuk ke FamilyMart yang terletak tidak jauh dari restoran US Pizza di Seksyen 7. Bila ye kali terakhir penulis ke FamilyMart? Kalau tak silap dalam 5 bulan yang lepas.

Untuk korang yang belum tahu, FamilyMart ada berikan diskaun sebanyak 25% untuk produk makanan terpilih yang kita beli pada tarikh 'best before' atau 'baik sebelum' bermula pukul 4 petang sehingga tengah malam pada setiap hari. Ini termasuklah barang makanan seperti sushi, salad, sandwich dan onigiri.

FamilyMart Seksyen 7 Shah Alam
Setiap kali ke FamilyMart, penulis wajib tengok dua benda ni, sandwich dan onigiri. Onigiri ataupun nasi kepal merupakan antara makanan Jepun yang terkenal bukan sahaja di negara Jepun, tetapi di negara-negara lain juga termasuklah di Malaysia.

Secara asasnya, onigiri terdiri daripada nasi yang diperasakan dengan garam dan dibentuk menjadi tiga segi atau bulat dan dibalut dengan rumpai laut (nori) kering. Onigiri menjadi satu makanan yang lebih menarik apabila dipelbagaikan dengan menggunakan perasa atau inti yang berlainan.

FamilyMart Onigiri Unagi
Di FamilyMart ada bermacam-macam jenis onigiri, antaranya chicken teriyaki, chicken mayo, tuna mayo, dan salted salmon. Kalau nak lebih istimewa sikit boleh cuba ebiko mayo, unagi dan salmon cream cheese.

Ada juga onigiri edisi terhad yang dijual hanya pada musim atau waktu perayaan tertentu dengan tema-tema tertentu seperti pedas, sakura, dan keju. 

FamilyMart Onigiri Spicy Syiok
Contohnya seperti onigiri Spicy Syiok yang penulis pernah cuba dulu, onigiri ini diperbuat daripada nasi yang digoreng dengan sambal pedas korea, kemudian dililit dengan kepingan daging.

FamilyMart Power Onigiri
Onigirazu, atau onigiri berbentuk sandwich juga pernah dijual di FamilyMart dengan nama Power Onigiri yang bersaiz 50% lebih besar berbanding onigiri biasa. Ada dua jenis Power Onigiri, Grilled Chicken Teriyaki dan Spicy Crispy Chiki, kedua-duanya menggunakan bahagian pinggul ayam, memang power.

FamilyMart Onigiri Spicy Syiok dan Edamame
Harga bergantung pada jenis onigiri, ada yang RM3.90 ada yang RM4.50, dan ada yang lebih mahal. Bayangkan berapa banyak diskaun yang kita dapat dengan potongan harga 25%, banyak juga. Untuk onigiri yang berharga RM3.90, kita akan dapat diskaun sebanyak RM1.

Diskaun 25% FamilyMart untuk Barangan Terpilih
Kalau nak kejar diskaun 25%, pilihan yang ada agak terhad, jadi mungkin kita terpaksa beli onigiri yang kita tak pernah cuba atau tak suka. Penulis ambil kesempatan ini untuk cuba sesuatu yang baharu.

FamilyMart 24 Jam
Jadi apa tunggu lagi, kalau korang suka makanan jepun khususnya onigiri, rajin-rajinlah ke FamilyMart. Sejuk-sejuk pun sedap makan. Waktu kerja, waktu rehat, tengah berjalan, bila-bila masa je boleh makan onigiri ni.

Walaupun penulis beli onigiri pada tarikh 'best before', rasanya masih sedap. Untuk onigiri, bagi penulis kesegarannya bukan satu keperluan, tetapi satu keistimewaan. Jadi walaupun tak segar, asalkan masih elok, boleh dimakan, dan masih sedap, why not kan?

Post a Comment

To Top