Apakah Falasi Ad Hominem? Satu Kesilapan Dalam Pertimbangan yang Menjadi Kebiasaan

Falasi bermaksud salah anggap atau sesat pemikiran. Ia juga bermaksud penaakulan atau pertimbangan yang salah. Untuk penulisan hari ini, penulis hendak berkongsi tentang satu falasi yang sering dilihat malah menjadi dokongan rakyat Malaysia khususnya mereka-mereka yang sering membincangkan isu-isu semasa di laman sosial.

Apakah ertinya ad hominem? 'Ad hominem' merupakan perkataan Latin yang secara harfiahnya bererti 'kepada orang', dan ia merupakan singkatan bagi 'Argumentum ad hominem' yang pada konteksnya bermaksud hujah yang ditujukan kepada individu. Ia berkait dengan serangan peribadi atau personal attack. Contoh mudahnya seperti berikut:

Dalam contoh tersebut, kenyataan yang dikemukakan oleh Alif dikatakan salah kerana Alif seorang yang pendek. Ini adalah hujah yang salah. Hanya kerana Alif seorang yang pendek, tidak bermakna apa yang dikatakan Alif salah. Bahkan, hujah yang berikut juga salah:

Meskipun Alif seorang yang bodoh, ia tidak bermakna Alif akan sentiasa salah. Apa sahaja hujah yang ditujukan kepada seseorang, baik berkenaan sifatnya, kesilapan lalunya, atau lain-lain perkaitan dengan dirinya, itu merupakan satu hujah yang ad hominem, dan hujah ad hominem selalunya diguna pakai oleh seorang yang lemah dan cuba untuk mengelak daripada menyerang kenyataan yang dikemukakan dengan menyerang individu yang mengemukakan kenyataan tersebut.

Hujah ad hominem malangnya sering diguna pakai sebagai alat retorik khususnya oleh ahli-ahli politik, lalu menjadi ratib atau zikir yang diulang-ulang oleh pentaksub parti politik. Terus terang, ia amat berkesan dalam mewujudkan anggapan yang tidak tepat, dan keberkesanan itu adalah kerana kurangnya sifat tabayyun dalam diri kita.

Jika ditanya mengapa kata-kata yang dilaungkan oleh ahli politik terlalu mudah menjadi kepercayaan para pentaksub, ia berkaitan dengan falasi-falasi seperti ad verecundiam (berkaitan kuasa atau kepakaran) dan ad nauseam (yang diulang-ulang), mungkin penulis akan terangkan lain hari. 

Akhir kata, ingatlah pesanan Saiyidina Ali r.a., "Lihatlah apa yang dikatakan, bukan siapa yang mengatakan".

Post a Comment

To Top