Perbezaan Antara Angka dan Nombor, dan Jenis-jenis Angka

Pernah tak terfikir apa perbezaan antara angka dan nombor? Selalunya kita akan gunakan kedua-dua perkataan angka dan nombor secara saling berganti untuk merujuk kepada perkara yang sama. Apabila disuruh untuk menulis angka satu, ataupun nombor satu, kita akan tulis benda yang sama kan?

Jadi, adakah ini bermakna yang kedua-dua angka dan nombor adalah sama? Tak semestinya. Cuba ambil sedikit masa untuk bayangkan nombor tujuh. Mesti ramai yang bayangkan '7' kan? Kenapa bukan 'Ù§', ataupun ''VII'?

Bukan ke 'Ù§' dan 'VII' nombor tujuh juga? Jadi apa sebenarnya nombor? Sebenarnya, nombor dan angka berbeza, nombor merupakan sesuatu yang abstrak, ia merupakan ukuran atau bilangan, manakala angka pula sesuatu yang konkrit, merupakan simbol atau aksara yang digunakan untuk merujuk kepada nombor tersebut.

Sebagai contoh, '7', 'Ù§' dan 'VII' ialah angka berlainan yang boleh digunakan untuk merujuk kepada nombor yang sama, iaitu tujuh. Angka tersebut ialah angka Hindu-Arab barat, Hindu-Arab timur, dan Roman.

Angka Hindu-Arab menggunakan sistem angka perpuluhan, nilai (digit atau tempat) nombor bergantung kepada kedudukan angka, sebagai contoh nilai digit nombor 7 pada angka 72 ialah 70. Nilai digit nombor 4 pada angka 47 pula 40. 

Sistem ini tidak digunakan oleh angka Roman, kita tak akan dapat menilai digit nombor VII pada angka LXXII (72 dalam Roman) dengan cara yang sama untuk dapatkan LXX (70 dalam Roman). Sama juga apabila kita menilai nombor IV pada angka XLVII (47 dalam roman).

Untuk contoh angka Roman, I=1, V=5, X=10, L=50. LXXII=L+X+X+II=50+10+10+2=72. XLVII=L+VII-X=50+7-10=47.

Untuk memahami perbezaan angka dan nombor, kita juga boleh melihat bagaimana nombor yang sama dipanggil dengan cara yang berbeza mengikut bahasa, contohnya nombor '1' dipanggil satu dalam bahasa melayu, one dalam bahasa inggeris dan ichi dalam bahasa jepun.

Konklusinya, angka bukan nombor, dan nombor juga bukan angka. Nombor yang sama boleh ditulis menggunakan angka atau sistem yang berbeza.

Post a Comment

To Top