Mini Chicken Chop RM6 di Iwan Grill Place, Seri Manjung, Perak

Air di Iwan Grill Place
Berdekatan kawasan lumut, sitiawan dan manjung ada satu restoran makanan barat yang sedap dan berpatutan. Kalau korang ke bandar seri manjung, korang kena cuba makan di restoran Iwan Grill Place, dekat je dengan AEON Seri Manjung, dalam 2km.

Penulis ke sini awal tahun 2020, baru sekarang teringat nak kongsi tentang restoran ni. Apa yang best tentang Iwan Grill Place ni? Bukan je harganya berpatutan, kualiti dan persembahan makanan juga cantik.

Iwan Grill Place
Restoran ni terletak di bawah Lee Garden hotel. Memang senang nak cam restoran ni lebih-lebih lagi pada waktu malam sebab papan tanda restoran ni memang terang dengan nama kedai 'Iwan Grill Place'.

Menu Iwan Grill Place
Restoran Iwan Grill Place ni kelihatan mewah dengan hiasan pokok dan lilin. Waktu pertama kali tengok restoran ni memang risau tentang harga, tak sangka yang harga makanan di sini agak berpatutan. 

Ada 10 jenis hidangan pasta kita boleh pilih pada harga RM12, terpulang nak makan spaghetti, fettucine atau macaroni. Cheezy spaghettinya memang sedap, lemak berkrim.

Fish n Chip, Cheesy Spaghetti dan Teriyaki Chicken Chop di Iwan Grill Place
Boleh juga dapatkan fish n chip dan chicken chop pada harga RM12 ke RM15. Penulis cuba teriyaki chicken chop yang disediakn dengan jagung, kentang dan lobak, memang sedap. Kalau tak suka sos teriyaki yang agak manis, boleh cuba black pepper chicken chop.

Mini Chicken Chop di Iwan Grill Place
Kalau korang jenis yang tak makan banyak, ataupun nak jimat boleh pesan mini chicken chop. RM6 je, memang murah. Boleh pilih ayam grill atau goreng, siap dengan salad dan fries lagi.

Tomyam, Kuetiau Goreng dan Kari Hijau
Kalau tak makan makanan barat, boleh juga pesan makanan tempatan macam tomyam dan kuetiau goreng. Harga tomyam dengan nasi putih cuma RM5.50+RM2.00, kuetiau goreng kerang RM5.50, dan kuetiau goreng seafood pula RM8.50. Yang gambar satu lagi tu kari hijau thai (RM5.50).

Kalau rasa nak jimat boleh pesan air kosong walaupun tak dipaparkan pada menu. Penulis pesan teh hijau (RM2.50), milo (RM3) dan teh o lemon (RM2.50).

Kalau poket korang tebal, boleh makan lamb shoulder (RM20) atau lamb shank (RM40). Harga steak di Iwan Grill Place ni dalam RM40, ada pilihan steak seperti tenderloin (batang pinang), t-bone, ribeye dan sirloin. Lobster RM160 sekilo pun ada. 

Memang puas hati, kalau ada kesempatan  dan masa lepas ni memang akan pergi lagi restoran ni. Apa menu yang paling best? Mestilah chicken chop RM6.

Untuk pengetahuan lebih lanjut berkenaan menu-menu dan harga makanan yang ada di Iwan Grill Place, korang boleh ke laman fb Iwan Grill Place, Manjung.

Post a Comment

To Top