Dengan Canva, Amatur pun Boleh Hasilkan Grafik Seperti Pro

Kalau korang seorang blogger, influencer atau peniaga yang gunakan laman sosial seperti fb dan instagram sebagai medium untuk mempromosikan pendapat atau produk korang, mesti korang tahu betapa pentingnya grafik dalam satu-satu catatan atau post.

Catatan yang dipenuhi dengan teks agak membosankan. Walaupun dengan menggunakan sedikit warna dan grafik, catatan yang kita buat akan jadi jauh lebih menarik. kelihatan lebih profesional, dan lebih mudah diingati.

Namun, walaupun grafik memberikan pulangan, pandangan dan respon yang lebih baik berbanding teks semata-mata masih ramai yang tak ambil kesempatan ni. Kenapa? Kerana ramai yang tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk mereka bentuk grafik.

Canva merupakan sebuah laman web, dan juga aplikasi yang boleh digunakan oleh semua orang untuk mereka bentuk grafik. Ya, semua orang, walaupun mereka yang tidak mempunyai kemahiran dalam menggunakan perisian seperti Adobe Illustrator, CorelDRAW, Affinity Designer dan sebagainya.

Di Canva, bukan sahaja ianya percuma, tetapi kita juga boleh memilih dari beratus template sedia ada yang kita cuma perlu sunting sebelum digunakan. Memang mudah, tak perlu fikir tentang reka bentuk, tak perlu fikir tentang kombinasi warna dan jenis huruf ataupun font.

Nak promosikan perniagaan menggunakan flyer? Ataupun nak sampaikan maklumat melalui infografik? Boleh gunakan Canva. Kalau ada idea sendiri, nak mula dengan kanvas kosong pun boleh.

Sewaktu melakukan suntingan, kita boleh letak gambar, 'sticker' dan tulisan dengan mudah. Banyak juga gambar, ilustrasi dan reka bentuk tulisan yang telah disediakan oleh Canva dan boleh digunakan secara percuma.

Penulis sendiri gunakan Canva untuk beberapa gambar yang penulis letakkan di blog sebelum ni. Selalunya penulis akan gunakan Canva untuk gabungkan beberapa gambar, meletakkan panduan seperti tanda arah, ataupun menambah teks.

Walaupun Canva boleh digunakan secara percuma, ada juga gambar atau ilustrasi yang disediakan khas hanya untuk mereka yang melanggan Canva Pro pada harga 119.40USD setahun (9.95USD sebulan) ataupun 12.95USD sebulan.

Jadi, penulis cadangkan korang explore dulu apa yang ada di Canva, cuba guna dalam masa sebulan untuk faham selok belok Canva yang korang boleh manfaatkan secara maksima dengan percuma. Kemudian. baru korang fikir perlu atau tak langgan Canva Pro.

Korang juga boleh gunakan Canva pada telefon, Canva ada sediakan aplikasi untuk Android dan iOS. Fungsi yang sama, cuma reka bentuk antara muka pengguna yang berbeza.

Post a Comment

To Top