Makan-makan di Terengganu, Elakkan Kesilapan Ni Sewaktu Sarapan

Katakanlah korang berada di Terengganu sekarang, dan teringin nk makan nasi dagang, mesti rasa macam boleh dapat kat mana-mana je sebab makanan tu kan makanan orang Terengganu.

Mungkin betul kalau korang berada di kawasan bandar seperti Kuala Terengganu. Tetapi kalau korang berada di kawasan yang jauh dari bandar dan kepadatan penduduknya tak ramai, lain pula ceritanya.

Ingat lagi tak penulis ada cerita tentang warung Nasi Dagang Kak Yah di Jerteh yang penulis singgah waktu 'on the way' ke Kelantan? Walaupun baru pukul 9, dah ada lauk yang habis. Sebagai seorang pelajar yang dah biasa amalkan 'brunch', pukul 9 masih dikira awal untuk sarapan.

Tetapi, sebenarnya waktu tu dikira agak lambat apabila berada di kawasan luar bandar, kalau nak sarapan lebih baik sebelum daripada waktu tu. Kalau pergi bercuti ke Terengganu dan keluar sarapan selepas pukul 9, banyak lauk dan kuih yang akan habis.

Ini bukan perkara main-main, sebabnya waktu penulis di Terengganu dan bermalam di Pantai Penarik, dua hari penulis tak dapat makan nasi dagang untuk sarapan sebab dah habis. Terpaksalah bersarapan dengan apa yang ada.

Tak apa lah, nasi dagang bukan satu-satunya makanan yang ada untuk sarapan di pantai timur. Boleh la cuba makanan lain seperti nasi kerabu, laksam dan pulut inti. Nasi impit dengan kuah kacang pun sedap juga, nak lagi sedap tambah sedikit inti kelapa. Waktu ni, penulis dalam perjalanan ke Pasar Payang.

Sebenarnya, kalau penulis nak cari nasi dagang waktu tengah hari, di Kuala Terengganu memang ada. Cuma untuk tengah hari, petang dan malam dah ada rancangan lain nak makan apa. Cukuplah apa yang ada, lagipun penulis dah dapat makan nasi dagang di warung Nasi Dagang Kak Yah.

Sebelum sampai di Kuala Terengganu dari Pantai Penarik, korang akan sampai di Pantai Teluk Ketapang. Sini pun ada banyak gerai jual makanan, antara yang istimewa di sini ialah sotong sumbat. Kalau ramai sangat orang di medan selera Pasar Payang, boleh singgah makan di sini.

Ada satu gerai yang jual ayam goreng seringgit paling sedap penulis pernah makan. Walaupun seringgit, saiznya boleh tahan besar. Ada juga dalam 3 ketul makan ayam ni, penulis makan yang pedas je. Kalau nak lagi puas hati, cecah dengan sos keju.

Ada lagi makanan lain seperti kerabu mi segera, sosej, bebola dan keropok lekor. Memang bestlah lepak di Pantai Teluk Ketapang ni, makanan banyak, suasana pun cantik.

Kalau nak cari warung ikan celup tepung (ICT) pun ada banyak di kawasan Pantai Teluk Ketapang ni. Memandangkan di Pantai Penarik pun dah banyak warung ICT, penulis tak cuba pun ICT di sini.

Post a Comment

To Top