Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Umum Senarai Kabinet Baharu. Siapakah TPM?

Pada bulan lalu, kita telah menyaksikan satu episod ketidakstabilan politik yang agak mengelirukan di tanah air kita. Pada 29 Februari yang lepas, perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 telah mengakhiri segala kekeliruan dan persoalan yang ada, sekali gus menandakan kejatuhan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.

Pada pukul 5 petang tadi, yang berhormat perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan senarai barisan jemaah menteri yang akan bersama-sama beliau mentadbir negara Malaysia yang terdiri daripada ahli-ahli Perikatan Nasional. 

Persoalan kepada siapa yang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri telah bermula sejak seminggu yang lalu. Namun pada kabinet kali ini, kita dapat menyaksikan bahawa tidak ada sebarang perlantikan telah dilakukan untuk jawatan tersebut, tetapi 4 jawatan menteri kanan telah diwujudkan untuk membantu tugas Perdana Menteri. Berikut merupakan senarai yang diumumkan:

Kod: TM - Timbalan Menteri, (s) - akan dilantik menjadi senator
sumber: Bernama


Apa yang lebih menarik lagi, kita dapat lihat golongan profesional yang bukannya ahli parlimen telah dilantik untuk menyertai kabinet di bawah perdana menteri. Antaranya ialah mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang telah menggantikan Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof selaku Menteri Hal Ehwal Agama.

Tahniah diucapkan kepada semua yang dilantik. Dalam keadaan politik dan ekonomi yang tidak stabil, kejatuhan harga minyak global, dan juga risiko penularan wabak koronavirus, sudah tentu akan menjadikan tugas agak mencabar.

Post a Comment

To Top