Nasi Kandar Melayu di Stadium Shah Alam, Nasi Kalut Jitra Mai. Kalut lagu mana tu? (BERPINDAH)

Ingat lagi tak sebelum ni penulis ada cerita tentang nasi kandar di restoran Nasi Kandar Pelita? Biasanya kalau kita sebut nasi kandar, kita akan terbayang kedai mamak kan? Antara tempat nasi kandar lain yang terkenal ialah Deen Maju, Line Clear dan Hameediyah.

Tetapi, dalam sedar tak sedar sebenarnya dah banyak kedai nasi kandar yang diusahakan oleh orang Melayu sekarang. Salah satunya ialah warung Nasi Kalut Jitra Mai yang terletak di Stadium Shah Alam, Seksyen 13.

Kalau korang penduduk Shah Alam, mesti tau yang dulu ada terminal bas sementara berdekatan dengan warung ni. Tapi sekarang terminal tu dah tutup, dan operasi bas dipindahkan ke Terminal 17 yang baru dibuka sejak Mei 2019 di Seksyen 17.

Mungkin dah jadi kebiasaan orang kedah, tapi bagi penulis agak pelik bila nasi putih dihidangkan bersama dengan sebiji telur rebus (RM3.00 satu set) berbanding telur masin (RM1.00) untuk nasi kandar.

Walaupun demikian, yang paling menarik perhatian penulis sebenarnya ayam goreng. Di sini, cuma bahagian peha dan pinggul ayam yang dipotong empat sahaja disediakan untuk ayam goreng (RM6.00). Bahagian peha dan pinggul memang kegemaran penulis, berbanding bahagian dada yang lebih mudah kering. Terliur beb.

Kalut betul ke Nasi Kalut Jitra Mai ni? Agak kalut, cuma dalam kekalutan tu ada kepantasan. Jadi walaupun perlu beratur, tidaklah terlalu lama menunggu. Pada hari penulis ke sana, orang tak begitu ramai pada waktu tengah hari, mungkin sebab hari cuti.






A post shared by Azizi Rosli (@azizinet00) on
Penulis bungkus, tapi kalau korang nak makan di sana, ada juga jual otak-otak, satar dan air di tempat yang sama. Kalau korang nak rasa air mangga yang kaw-kaw pun ada, memang pekat dan manis. Tak pasti manis disebabkan mangga tu sendiri ataupun gula.

Warung Nasi Kalut Jitra Mai dibuka setiap hari kecuali Jumaat bermula tengah hari sehingga tengah malam. Nasi Kalut Jitra Mai juga mempunyai cawangan lain di Seksyen 7. Nak tahu kalut tak kalut, kena datang try sendiri. Dari segi harga, bagi penulis agak murah disebabkan oleh saiz ayam goreng yang cukup besar.

Penulis agak berbelah bagi untuk buat keputusan sama ada penulis lebih sukakan nasi kandar mamak atau nasi kandar Melayu. Bagi penulis, dua-duanya sedap.

Post a Comment

To Top