Malaysia Sebagai Negara Maju? Mustahil Selagi Masyarakat Masih Mempunyai Sikap Ini.
Sebagai contohnya di Malaysia, jurang pendapatan, peluang pendidikan dan kesihatan, serta status sosioekonomi merupakan antara permasalahan utama yang masih ditangani sejak 62 ke 63 tahun yang lalu.
Hal ini berlainan dengan negara-negara maju di mana permasalahan-permasalahan dan isu-isu yang menjadi keutamaan lebih berkait rapat dengan gaya hidup seperti isu LGBT, kebebasan beragama, kebebasan bersuara dan juga isu pengguguran bayi.
Walaupun Malaysia masih dikategorikan sebagai negara membangun, ia tidak menghalang permasalahan-permasalahan dari negara maju daripada dibawa dan dibincangkan di negara ini, sering kali oleh para aktivis dan ahli politik.
Pada pendapat penulis, isu-isu negara maju bukanlah keperluan utama yang seharusnya diberikan penekanan utama buat masa ini. Isu-isu tersebut datang bersama persoalan sama ada rakyat Malaysia sudah bersedia untuk memahami dan membincangkan hal-hal tersebut.
Besar kemungkinan ia cuma akan menjadi satu topik yang bersifat esoterik kepada golongan-golongan tertentu sahaja yang syok sendiri dengan sokongan-sokongan manusia yang pada hakikatnya jahil berkenaan isu tersebut.
Mungkin lebih baik untuk kita berikan lebih tumpuan kepada masalah pendidikan dan sosioekonomi yang dapat menyediakan rakyat dengan sikap, ilmu dan daya fikir yang lebih tinggi, dan bagi penulis jauh lebih penting untuk diutamakan.
Pergilah ke mana-mana, buka mata, perhatikan semua, dan kita akan lihat beberapa perkara mudah yang masih gagal dilazimi rakyat Malaysia yang mencerminkan rendahnya sikap, ilmu dan daya fikir kita. Ada perkara yang lebih penting untuk ditegur dan dibincangkan.
01 Tak Kenal Tong Sampah. Masalah utama yang agak kritikal adalah kekeliruan rakyat Malaysia berkenaan dengan tempat pembuangan sampah. Kadang kita boleh lihat sampah-sampah yang telah dibuang di longkang-longkang, tepian jalan, dan paling mengharukan sekali di kawasan yang telah jelas diletakkan tanda dilarang membuang sampah dengan jumlah denda yang tinggi.
02 Tak Jumpa Pam Tandas. Pam tandas, ataupun lebih dikenali sebagai flush seolah-olah halimunan, dan tidak dapat dilihat oleh mata kasar ramai masyarakat kita yang menggunakan tandas awam. Aneh bukan? Dalam keadaan pam tandas yang telah rosak pula, masyarakat kita seolah-olah menjadi bodoh, tidak dapat berfikir dan mengambil jalan mudah untuk terus meninggalkan tandas dalam keadaan tidak bersih dan tidak disiram.
03 Tak Tahu Cara Menggunakan Lampu Isyarat. Ini perkara yang paling banyak kita dengar dan tegur, tetapi masyarakat masih mengambil rendah hal ini. Masyarakat juga tidak mengambil apa-apa inisiatif untuk menaik taraf kemahiran penggunaan lampu isyarat. Kemahiran ini percuma, adakah rakyat terlalu miskin sehingga tidak mampu untuk ambil tahu?
04 Tak Boleh Tengok Benda Cantik. Seolah-olah satu trauma, ramai juga rakyat Malaysia yang tidak boleh melihat benda-benda baharu atau cantik. Pasti akan ada rasa tidak senang hati, gelisah dan gatal-gatal tangan selagi benda tersebut tidak dirosakkan atau hilang dari pandangan, menjadikan pelaburan pada sebarang infrastruktur berisiko untuk menjadi perkara yang dianggap buang masa dan merugikan.
Jadi bagaimana? Adakah kita sebahagian daripada golongan yang penulis sebutkan tadi? Itu baru empat yang paling biasa kita lihat, ada banyak lagi sebenarnya sikap-sikap dan perwatakan-perwatakan negatif yang kita harus buang mulai dari sekarang jika hendak membawa Malaysia ke arah negara maju.
Mungkin ada yang anggap hal sebegini sebagai remeh, kita perlu berpandangan lebih jauh katanya. Katakan kepada orang-orang itu, apa guna negara yang kaya harta, tetapi miskin ilmu? Kalau perkara yang kecil pun masih susah untuk diubah, bagaimana kita hendak mengubah perkara yang lebih besar?

Post a Comment