At Satay Semeling, Sate yang Murah dan Sedap di Negeri Kedah Darul Aman

Kalau di Selangor kita ada sate Kajang, di Kedah pula kita ada sate Semeling yang juga agak popular dikalangan penduduk setempat dan pengunjung yang berkunjung ke negeri Kedah Darul Aman. Baru-baru ni penulis telah ke Kedah dan berkesempatan untuk cuba salah satu daripada kedai-kedai sate yang ada di Semeling.

Sewaktu di Semeling, penulis perasan ada dua restoran sate yang lebih menonjol berbanding yang lain, iaitu restoran At Satay Semeling dan juga Satay Kak Siti. Restoran yang penulis pergi kali ini ialah At Satay Semeling.

Penulis dapat tahu yang At Satay Semeling ada banyak cawangan, dan di Jalan Raya Semeling sahaja terdapat dua cawangan. Penulis telah pergi ke cawangan yang lebih kecil yang terletak berseberangan sahaja dengan Satay Kak Siti.

Waktu penulis ke sana dalam pukul 6 petang memang dah ramai orang yang beratur, belum ambil kira orang yang ada di dalam restoran. Kalau korang ke sini, bersedialah untuk luang masa menunggu dalam 20 minit. Jadi apa yang buatkan sate semeling ni cukup popular?

01 Banyak Pilihan. Pertama sekali, di At Satay Semeling ni ada banyak pilihan satay, korang boleh dapat bukan setakat sate ayam, daging dan perut je, korang boleh dapat juga sate kambing, arnab dan rusa. Ayam panggang pun ada.

02 Murah. Kalau korang ke sini, terutamanya kalau korang daripada selangor korang akan terkejut dengan harga sate di sini, memang murah. Harga tak dipaparkan, tapi penulis dapat tahu harga sate ayam atau daging cuma dalam 60 sen.

03 Sedap. Sate lebih sedap kalau dimakan sewaktu ia masih panas, waktu isinya masih lembap dan tidak kering. Tetapi, At Satay Semeling memang tidak mengecewakan walaupun penulis makan waktu satenya sudah sejuk. Perapannya lebih kepada rasa manis berbanding masam.

Satu lagi cawangan At Satay Semeling di Jalan Raya Semeling

04 Banyak Cawangan. At Satay Semeling tidak tertumpu hanya di Semeling atau sekitar Bedong, mereka juga ada cawangan restoran dan warung di Guar Chempedak, Bertam dan Melaka. Jadi korang tak perlu lah ke cawangan asal sahaja, boleh cari cawangan yang terdekat.

Secara keseluruhannya memang berpuas hati. Jika dibandingan dengan Sate Famili di Meru yang penulis pernah ulas sebelum ni, penulis lebih sukakan Sate Famili sebab isinya lebih tebal yang membuatkannya lebih lembap.

Walaupun demikian, bagi penulis; sate di At Satay Semeling memang berbaloi, walaupun harganya lebih murah, ia mempunyai profil rasa dan kualiti yang hampir sama dengan Sate Famili.

At Satay Semeling
Rating: ★★★★☆

Post a Comment

To Top