5 Perkara Yang Perlu ada Untuk Menguasai Ilmu Matematik
Sebagai seorang pelajar matematik, baik gunaan ataupun tulen; kita akan dilatih untuk menyelesaikan masalah. Hal ini lebih ditekankan di dalam bidang matematik tulen di mana kita akan menyelesaikan pelbagai masalah yang belum pernah wujud, ataupun agak mustahil terjadi; di dunia nyata.
Sepanjang pengalaman penulis sebagai seorang pelajar dan pendidik dalam bidang matematik, penulis sedar akan beberapa perkara yang sering menjadi penghalang kepada seseorang untuk memahami ilmu matematik ini.
01 Ketabahan dalam Menyelesaikan Masalah. Untuk mempelajari ilmu matematik, bahkan apa-apa ilmu sekalipun, sifat tabah amat diperlukan. Tabah bermaksud berterusan dalam melakukan satu-satu perkara walaupun menemui kegagalan ataupun dalam keadaan yang sukar. Berapa lamakah masa yang kita sanggup luangkan untuk menjawab satu soalan yang amat sukar?
03 Penguasaan Bahasa yang Baik. Walaupun sering dikaitkan dengan nombor dan kiraan, penguasaan bahasa juga sebenarnya amat penting dalam mempelajari matematik. Penguasaan bahasa yang baik membolehkan kita memahami permasalahan sebenar yang hendak diselesaikan.
04 Kreativiti dalam Menyelesaikan Masalah. Memahami permasalahan itu satu perkara, menyelesaikan masalah pula satu lagi perkara yang berbeza. Kreativiti dan imaginasi amat penting untuk menguasai matematik. Mentafsir permasalahan ke dalam bentuk grafik atau simbol sangat-sangat membantu dalam pembelajaran dan penyelesaian masalah.
Demikianlah sedikit ringkasan berkenaan 5 perkara yang pada pendapat penulis perlu ada untuk menguasai ilmu matematik. Mungkin pada masa akan datang penulis akan terangkan dengan lebih lanjut untuk memuatkan cadangan-cadangan dan kaedah-kaedah yang boleh dipraktikkan.
Dengan kaedah dan sikap yang betul, melainkan kita seorang penghidap diskalkulia; menguasai matematik akan menjadi jauh lebih mudah.
Post a Comment